Default – Above Header Ads

Binance: Perubahan Ethereum Kepada ‘Staking’ Akan Mengubah Industri

Laporan penyelidikan terbaru Binance berpendapat bahawa dengan menukar Ethereum kepada Proof-of-Stake (PoS), ‘staking’ dijangka akan memberi impak besar kepada industri. Laporan itu, yang diterbitkan pada 28 Oktober, menunjukkan bahawa 10 aset kripto terbesar yang menyokong – atau bersedia untuk menyokong – ‘staking’ menyumbang mewakili permodalan pasaran keseluruhan sebanyak $ 25.8 bilion.

Pada masa penulisan, ini bermakna dominasi ‘staking’ yang berpihak pada kira-kira 10% daripada jumlah permodalan pasaran industri. Tidak termasuk Ethereum, permodalan pasar terkumpul untuk ‘staking’, pada 24 Oktober, bernilai sekitar $ 11.2 bilion – dan $ 6.4 bilion adalah dalam bentuk ‘staking’.

Dalam semua blockchain, data Binance menunjukkan bahawa 43% daripada token adalah dalam bentuk ‘staking’ berbanding 57% berada dalam peredaran bebas. Di antara mata wang kripto yang disenaraikan di platformnya, Algorand, Tezos, dan Cosmos memperlihatkan nisbah ‘staking’ yang tinggi – nisbah jumlah yang dalam keaadan ‘staking’ pada satu ketika tertentu dibahagikan dengan jumlah bekalan yang beredar – adalah lebih daripada 70% matawang kripto yang berada dalam ‘staking’. Sementara itu Tron dan Qtum memperlihatkan nisbah ‘staking’ di bawah 25%.

Untuk menjadi ‘validator’, peserta dikehendaki memegang minimum 32 Ether (ETH) – bernilai $ 5,952 pada masa penulisan. Peralihan ke Ethereum 2.0 pada masa ini dijadualkan pada Januari 2020.

Rujukan:

https://info.binance.com/en/research/marketresearch/rise-of-staking.html

===

EXMO affiliate program

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.