Default – Above Header Ads

Binance Umumkan Perdagangan Ruble Di Majlis Yang Ditaja Kerajaan Rusia

Binance, salah satu daripada bursa perdagangan kripto global terbesar, akan menambah sokongan perdagangan fiat, bermula dengan Ruble Rusia. Berita itu diumumkan secara terbuka oleh Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao (CZ) pada acara yang diketuai kerajaan Rusia, Forum Inovasi Terbuka di Moscow pada 21 Oktober. Dengan menambahkan matawang Rusia pada platformnya, Binance akan membolehkan pengguna dari Rusia membeli matawang kripto terus menggunakan Ruble, jelas CZ.

Dalam video yang dipaparkan di Twitter, CZ berkata: “Dalam masa kira-kira dua minggu atau lebih, kami akan mempunyai sokongan untuk perdagangan Ruble Rusia secara langsung. Jadi, anda boleh membeli mata wangwang kripto di Binance.com menggunakan Ruble. “Berita itu datang kerana industri kripto masih belum dikawal selia secara rasmi di Rusia kerana kerajaan telah didakwa sekali lagi melambatkan pelaksanaan bil undang-undang kripto negara iaitu “On Digital Financial Asset”.

Walaupun Binance mengesahkan penambahan pasangan Ruble-kripto, ia enggan memberikan butiran lanjut atau penjelasan mengapa Ruble dipilih untuk pasangan fiat-kripto pertama mereka.

Rujukan:

https://twitter.com/binance/status/1186193668958408711

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads