Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance.US: Pengguna Kini Boleh Membeli Matawang Kripto Dengan Kad Debit

Pelanggan cawangan Amerika Syarikat bagi bursa perdagangan kripto utama Binance, iaitu Binance.US, kini boleh membeli matawang kripto menggunakan kad debit mereka. Dalam terbitan blog pada 1 November, Binance.US mengumumkan bahawa bursa perdagangan tersebut kini akan menawarkan para pelanggannya kemungkinan untuk membeli mata wang kripto dengan kad debit.

Binance.US juga mengumumkan bahawa dalam tempoh 30 hari pertama sejak dilancarkan, bursa perdagangan itu mencapai kepada jumlah perdagangan harian sebanyak $ 15 juta, sambil menambah penyenaraian token dari tujuh kepada dua puluh empat token, membawa sejumlah 40 pasangan dagangan kripto kepada pengguna A.S.. Bursa perdagangan kripto itu dilancarkan pada 24 September tahun ini dan memecahkan angka perdagangan berjumlah $ 10 juta pada 23 Oktober.

Pada bulan Oktober, bursa itu mengumumkan bahawa dana deposit pelanggan juga layak untuk perlindungan insurans FDIC, yang bermaksud bursa itu memegang deposit dolar AS dalam akaun penjagaan yang dikumpulkan di bank yang berbeza yang diinsuranskan oleh FDIC – agensi kerajaan Amerika Syarikat yang direka untuk melindungi deposit dan sistem kewangan AS.

Rujukan:

https://www.binance.us/en/blog/397004529524600832/BinanceUS-Launches-Debit-Card-Payments-Gains-Momentum-in-First-Month-Exceeding-%2415-Million-Daily-Trading-Volume

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads