Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance yang Digodam akan Menyambung Semula Deposit dan Pengeluaran

CEO Binance Changpeng Zhao mengumumkan bahawa bursa pertukaran itu merancang untuk menyambung semula perkhidmatan deposit dan pengeluaran pada 14 Mei.

Dia menulis kemaskini ini:

“Kumpulan kami telah membuat progres dan bertungkus lumus sepanjang hari minggu. Dalam beberapa hari yang lalu, kami telah membuat beberapa perubahan signifikan kepada sistem kami, dengan sejumlah besar ciri-ciri keselamatan yang canggih ditambah dan/atau direka bentuk semula. Kami akan berkongsi butiran tentang perubahan itu kemudian.

Kami merancang untuk menyambung semula sepenuhnya deposit dan pengeluaran pada hari Selasa. Masa akan diberitahu kemudian, bergantung kepada bagaimana keputusan ujian itu. Naiktaraf ini memerlukan penghentian sementara perdagangan. Kami akan mengemaskini anda esok hari.”

Buat masa ini, semua tindakan pengeluaran dan deposit ditanda “Suspend” dan tidak boleh dijalankan di bursa pertukaran itu. Namun begitu, sekurang-kurangnya satu pengguna telah berkata di media sosial bahawa mereka boleh menghantar deposit kepada alamat yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Dalam pengumuman sebelum ini, bursa pertukaran itu mengumumkan sokongan akan datang untuk alat peranti 2FA seperti YubiKey.

Binance mengumumkan penggodaman minggu yang lalu, mengatakan penggodam yang tidak dikenal pasti mencuri 7,000 BTC (bernilai $41 juta ketika itu) dari wallet bursa pertukaran itu. Penggodam itu telah mendapat akses kedua kunci API dan kod 2FA pengguna untuk mengeluarkan kripto.

Bursa pertukaran itu menghentikan pengeluaran dan deposit tetapo membenarkan perdagangan intra-token dalam platform itu. Penggodam telah memindahkan BTC yang dicuri, menyebabkan ramai spekulasi bahawa mereka bersiap sedia untuk menggubah wang haram itu melalui beberapa bursa pertukaran.

Sumber:

https://www.coindesk.com/hacked-crypto-exchange-binance-to-resume-deposits-and-withdrawals-on-tuesday

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads