Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bison Trails Umumkan Integrasi Dengan Coinbase Custody

Syarikat infrastruktur blockchain sebagai perkhidmatan, Bison Trails bakal menyepadukan Coinbase Custody serta turut juga memberikan sokongan perkhidmatan kepada protokol Polkadot. Diumumkan pada 14 April, proses integrasi ini akan membolehkan pelanggan Coinbase Custody mewakilkan token Polkadot (DOT) kepada proses pengesahan Bison Trails, yang membantu menjamin protokol Polkadot dan memperoleh ganjaran penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bison Trails Joe Lalloz mengatakan bahawa integrasi itu akan memudahkan proses operasi infrastruktur blockchain dan penyertaan dalam rangkaian, sambil menambahkan: “Salah satu cara untuk mendorong penyertaan yang lebih besar adalah dengan memfokuskan pada pengalaman pengguna. Dengan menghilangkan keperluan penggunaan “command line” dan kerja teknik manual melalui integrasi dengan penjaga utama, kami membolehkan pelanggan untuk lebih mudah menyertai rangkaian.”

Lalloz juga mengatakan bahawa integrasi tersebut adalah “benar-benar unik” bagi syarikat, kerana pengguna dapat menjalankan infrastruktur mereka sendiri dan tidak hanya mewakilkan kepada pihak ketiga dengan menyatakan: “Akhirnya ini adalah cara yang mengoptimumkan cara mereka mengambil bahagian dan cara mereka dilihat dalam komuniti dan rangkaian.”

Sam McIngvale, Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase Custody, mengatakan bahawa ‘staking’ adalah “elemen yang semakin penting dalam ekosistem kripto. Ia menyediakan pelanggan Coinbase Custody, yang kebanyakannya mempunyai kewajiban kepada pelabur mereka, dengan cara menggunakan kripto asli untuk turut serta dalam ganjaran rangkaian sementara juga menyumbang kepada keselamatan dan tadbir urus ekosistem.”

Melangkah ke hadapan, Lalloz mengatakan bahawa Bison Trails akan terus menambah sokongan untuk lebih banyak protokol: “Cabaran masa depan untuk kami ialah membangunkan infrastruktur yang lebih baik, terus menambahkan protokol yang kita sukai dan yang sangat digemari oleh masyarakat, sama ada ia akan berfungsi sebagai protokol khusus atau protokol lapisan satu baru.”

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/bison-trails-announces-integration-with-coinbase-custody

Bitcoin Exchange CEX.IO

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads