Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BitClub Network Didakwa Atas Tuduhan Skim Ponzi Kripto Berjumlah $722 Juta

Tiga lelaki telah didakwa oleh pendakwa raya AS di atas peranan mereka dalam menjalankan BitClub Network, satu skim Ponzi kripto yang dikatakan telah menipu pelabur sebanyak $722 juta.

Menurut laporan oleh Bloomberg pada 10 Disember, ketiga-tiga lelaki itu telah menjalankan BitClub Network sejak tahun 2014. Platform itu mengambil dana daripada pelabur dan menjanjikan bahagian dalam mining pool, ditambah lagi dengan ganjaran untuk setiap pengguna baru yang dicari.

Pendakwa raya AS Craig Carpenito dari New Jersey mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan dan telah didakwa atas kesalahan konspirasi, sementara dua lagi defendan yang tidak didedahkan masih lagi bebas.

Salah satu defendan tersebut, Matthew Brent Goettsche, telah dilaporkan merujuk kepada pelabur BitClub Network sebagai “bodoh” dan “kambing biri-biri.” Dia juga berkata platform itu dibina di atas “tulang belakang orang bodoh,” dan scam itu akan membolehkan dia dan rakan-rakannya untuk bersara dengan kekayaan yang diperolehi.

Sementara ketiga-tiga lelaki itu telah didakwa atas tuduhan konspirasi untuk menjual sekuriti yang tidak berdaftar, Goettsche dan seorang lagi defendan Jobadian Sinclair Weeks akan menghadapi pertuduhan tambahan iaitu konspirasi untuk menjalankan penipuan atas talian.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/12/bitclub-network-busted-over-722-million-crypto-ponzi-scheme/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads