Default – Above Header Ads

Bitcoin adalah “Wang Jenayah”, Menurut Pengasas Bersama Waze, Uri Levine

 

Uri Levine, pengasas bersama aplikasi navigation software popular Waze, baru-baru ini berkata dia percaya Bitcoina adalah “wang jenayah” kerana ia tiada nilai, hanya seperti teknologi blockchain. “Ini tidak cuba menyelesaikan masalah,”katanya.

Kata-kata Levine itu datang sewaktu bercakap dengan media Brazilian Criptomoedas Fácil, sewaktu acara teknologi Campus Party 2018, yang mempunyai lebih 120,000 hadirin di São Paulo. Cryptoglobe telah diberi akses kepada audio itu.

Apabila ditanya tentang pendapatnya berkenaan teknologi blockchain dan matawang kripto, dia membandingkannya dengan aplikasi Waze, dan mengatakan bahawa dia bukan peminat matawang kripto atau teknologi blockchain.

Jurutera berbangsa Israel itu bermula dengan mengatakan bahawa semasa Waze dicipta, mereka ingin menyelesaikan masalah spesifik: kesesakan lalu lintas. “Matawang kripto pula,” katanya, “tidak menyelesaikan masalah.”

Levine menambah bahawa jika matawang kripto tidak menyelesaikan masalah, “mereka tidak mencipta nilai.” Dia menyimpulkan dengan berkata dia tidak “melihat masa depan untuk apa sahaja yang tidak mempunyai nilai.”

Walaupun ramai bears Bitcoin percaya pada potensi teknologi blockchain, Levine tampak bearish kepada kedua-duanya. Apabila ditanya tentang potensi teknologi itu, dia berkata, “teknologi sendiri tidak bermakna apa-apa”, kerana persoalannya adalah apa yang boleh dibuat dengannya.

Default – Inside Post Ads

Dia berkata:

“Satu-satunya cara teknologi blockchain pada hari ini sebenarnya adalah Bitcoin. Bitcoin adalah wang jenayah, dan saya tidak mahu menyokongnya,”

Pandangan usahawan itu sama dengan beberapa bears matawang kripto yang lain, yang mendengar tentang bitcoin dan matawang digital lain melalui penggunaan di dark web market, dimana barangan dan perkhidmatan haram di beli dan di jual.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/bitcoin-is-the-coin-of-crime-says-waze-co-founder-uri-levine/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.