Default – Above Header Ads

Bitcoin akan Bernilai Dalam USD9,500 Menjelang AKhir Tahun, Menurut Jangkaan Panel Pakar

Bitcoin sedang menikmati musim yang baik. Kenaikan semula selepas menguji zon USD3,000 telah dibuktikan, dan banyak penganalisa berpendapat bahawa, selepas tempoh stabil selama beberapa bulan, pasaran kini di ambang larian bull baru.

Kajian yang dijalankan oleh Finder, bertentangan dengan pendapat 10 orang pakar dalam matawnag kripto, yang berkongsi jangkaan mereka mengenai prestasi Bitcoin dalam bulan-bulan akan datang. Walaupun terdapat beberapa perbezaan pendapat, semua menunjukkan pandangan yang positif.

Semua pakar bersetuju bahawa Bitcoin akan berakhir tahun ini dengan nilai yang tinggi, menunjukkan tanda sentimen bullish dalam pasaran. “Bitcoin dijangka akan mencecah US$7,542 menjelang 1 Jun, menurut purata daripada jangkaan panelis kami,” menurut laporan itu, menjelaskan bahawa angka ini adalah purata kesemua jangkaan pakar. Ini menunjukkan tahap kestabilan yang baik dibandingkan dengan harga sebenar.

Untuk prestasi tahunan pula, keputusannya adalah agak optimistik. Malah jangkaan paling negatif antara semua (dibuat oleh Nafis Alam, profesor madya di Henley Business School) menjangka harga yang hampir kepada USD$4,000, iaitu isyarat bullish memandangkan minima kepada trend ini adalah USD$3,200:

“Apabila ditanya apa harga Bitcoin menjelang akhir tahun ini, purata jangkaan harga adalah USD$9,659. Sekali lagi, jangkaan Alam adalah yang paling konservatif. Dia berkata ia tidak akan bernilai lebih dari USD$4,000 pada 31 Disember. Ahli teknologi Joseph Raczynski mempunyai jangkaan hujung tahun paling tinggi di USD$17,000.”

Satu lagi tanda yang baik adalah 80% daripada pakar merekomen melabur dalam Bitcoin:

  • 50% rekomen Membeli Bitcoin
  • 30% tidak bersetuju menambah lagi Bitcoin, tetapi melihat ianya sebagai pilihan yang baik hodl token sebagai tempat penyimpanan nilai.
  • Hanya 20% merekomen membuang kripto ataupun sekurang-kurangnya menjual sebahagian daripadanya untuk mendapatkan keuntungan daripada bullish hype ini.

Panelis juga telah menganalisa sebab-sebab larian bull baru-baru ini di mana Bitcoin mengatasi tahap rintangan USD$6,000. Ramai yang percaya “Consensus effect” memainkan peranan yang penting dalam sentimen pasaran, walaupun sebab-sebab lain juga dinyatakan: ketegangan antara AS dan China mengambil tempat kedua bersama-sama pembahagian ganjaran tahun hadapan.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/bitcoin-9500-end-year-experts-predict-finder/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads