Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin akan Melonjak Melihat kepada Kapital China yang Terbang

Peperangan perdagangan menjadi semakin teruk dan pelabur akan sedar bahawa biasanya ia adalah berita baik untuk Bitcoin. Kini berdagang dalam lingkungan $11,300, sewaktu penulisan, kejatuhan yang berlaku minggu yang lalu seperti memori lama.

Memerhati pasaran Bitcoin kini bermakna memerhati kadar pertukaran dollar-yuan dengan begitu teliti.

Itu adalah pendapat yang dikongsi oleh Arthur Hayes, ketua eksekutif bursa pertukaran BitMEX – walaupun berdaftar di Seychelles, operasi BitMEX adalah di Hong Kong, jadi kerana itu mereka begitu meneliti Perkembangan Peperangan perdagangan itu.

China baru sahaja melancarkan white paper yang dijanjikan menjelaskan kedudukannya terhadap perbalahan perdagangan yang dihadapi, dan menyalahkan Amerika Syarikat sepenuhnya kerana perpecahan dalam rundingan, mengatakan negara itu “tidak boleh dipercayai”.

Banyak kerajaan seluruh dunia mungkin bersetuju dengan sentimen itu melihat kepada tarif Mexico yang tidak dijangka yang dikenakan Trump. Jika tidakpun, negara itu kekal sebagai bengkel kerja dunia teknologi, jadi dari Asia ke Eropah teknologi dan syarikat lain mengambil pendekatan berjaga-jaga dan lebih pragmatik daripada apa yang ditunjukkan AS.

White paper China mengisytiharkan bahawa peperangan perdagangan tidak “menjadikan Amerika hebat kembali”, melihatkan kepada perbalahan yang semakin teruk antara kedua-dua rakan kongsi perdagangan itu.

Keterangan white paper mengenai pusingan terakhir rundingan tidak memberi keyakinan kepada rundingan baru. Ia mendakwa AS dengan “ugutan dan paksaan”, membuat “tuntutan berlebihan” dan membuat “permintaan wajib berkenaan hal ehwal dalaman China.

Bercakap dalam sidang media tentang white paper itu naib menteri perdagangan China Wang Shouwen berkata Amerika Syarikat disalahkan sepenuhnya kerana rundingan yang gagal.

Sejak 17 April, nilai yuan telah jatuh berbanding dollar hampir 4%, langkah yang besar berdasarkan standard pasangan perdagangan utama dalam pasaran forex.

Pada tarikh yang sama, Bitcoin bernilai $5,228 dan meningkat sejak itu.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/bitcoin-to-soar-as-china-capital-flight-takes-hold/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads