Default – Above Header Ads

Bitcoin akan Mencecah Kapital $1 Trilion dalam Larian Bull Seterusnya

 

Chris Burniske, penyelidik matawang kripto popular dan rakan kongsi di Placeholder, dana venture capital kripto dengan kapital melebihi $150 juta di bawah pengurusannya, percaya bahawa larian bull pasaran kripto seterusnya akan melihat kapital pasaran Bitcoin melebihi $1 trilion.

Penganalisa kripto yang mempunyai lebih 100k pengikut Twitter itu berkongsi pendapatnya melalui media sosial popular itu:

Carta Burniske yang bertajuk “10 Rangkaian Kripto Teratas di Penghujung Setiap Tahun,” menunjukkan bagaimana di puncak larian kripto 2017 hyperbola, harga Bitcoin mencecah $20,000, memberinya kapital pasaran sebanyak $327 bilion, iaitu hampir separuh daripada kesuluruhan kapital pasaran di $813 bilion.

Jika kapital pasaran Bitcoin ingin mencecah $1 trilion dalam larian bull seterusnya, Bitcoin perlu berdagang melebihi $40,000 dan akan bernilai lebih daripada keseluruhan kapital pasaran kripto pada puncak 2017.

EXMO affiliate program

Sementara ramai yang yakin Bitcoin akan mengatasi all-time high sebelum ini dan mencecah langit, apa yang perlu ada untuk ini berlaku?

Untuk ramai orang, termasuk Mike Novogratz, pengasas dan ketua eksekutif Galaxy Digital, mereka percaya Bitcoin akan menjadi emas digital dan mempunyai nilai yang besar. Jika Bitcoin boleh mendapatkan hanya sedikit daripada kapital pasaran emas di $7.5 trilion, aset kripto #1 itu mengatasi kapital pasaran $1 trilion.

Namun begitu, untuk mencapainya, Bitcoin perlu menjadi penyimpanan nilai yang diiktiraf sebagai alternatif kepada emas. Walaupun ramai yang sudah percaya ia adalah alternatif emas, hakikatnya infrastruktur yang betul perlu ditubuhkan untuk ia menangani kemasukan kapital yang besar.

Menurut Pengerusi New York Stock Exchange, Jeff Sprecher:

Bitcoin tidak mempunyai struktur pasaran yang baik. Untuk Bitcoin pun, pasaran yang berbeza menyiarkan harga yang berbeza. Dan anda boleh membayar sehingga 6% untuk menukar USD kepada Bitcoin, bermakna Bitcoin perlu naik sehingga 6% untuk ‘break-even’.”

Novogratz berkata kapital pasaran Bitcoin akan mencecah trilion dalam jangka masa panjang:

“Ia tidak akan mencecah trilion sekelip mata. Apa yang akan berlaku adalah, salah satu dana pencen ini, seseorang yang merupakan ketua pasaran akan berkata, kita sudah mempunyai penjagaan, Goldman Sachs sudah terlibat, Bloomberg mempunyai indeks yang boleh jejak prestasi, dan mereka akan membeli. Tiba-tiba sahaja, individu kedua membeli. FOMO yang sama anda lihat di retail [akan ditunjukkan oleh pelabur insitusi].

Sumber: 

https://www.investinblockchain.com/bitcoin-to-hit-1-trillion-capitalization-next-bull-run/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.