Default – Above Header Ads

Bitcoin Bakal Mengubah Industri Insurans Perancis Bernilai $2.5 Trilion

 

Jika anda membayangkan bagaimana Bitcoin boleh mencapai penggunaan secara meluas, anda hanya perlu melihat Perancis. Syarikat insurans Perancis bakal menambah matawang kripto dalam kontrak insurans nyawa, terima kasih kepada undi oleh National Assembly Perancis.

Pegawai kerajaan Perancis membalikkan Kod Insurans melalui Akta Pakatan, dengan Artikel 21 membuka pintu untuk kontrak insurans nyawa untuk melabur dalam specialized professional funds (SPFs), di mana parameter pelaburan dikatakan “tidak begitu ketat” kerana satu lagi provisi. Artikel 26 memberi SPF kebebasan untuk melabur dalam aset berdasarkan blockchain. Emilien Bernard-Alzias, peguam di Simmons & Simmons memberitahu penerbitan tempatan Les Echos:

“Dengan dua provisi ini, ia telah ditulis dalam hitam putih bahawa SPF boleh melabur dalam matawang kripto seperti Bitcoin.”

Sementara itu, tanpa had kepada jumlah kripto satu polisi insurans nyawa boleh pegang, rakyat Perancis mempunyai peluang untuk menguatkan nilai polisi mereka dalam pasaran bull Bitcoin.

Bitcoin tidak memasuki pasaran insurans nyawa dalam satu malam sahaja. Pembuat polisi bersama-sama usahawan dan syarikat telah bekerjasama lebih dari setahun untuk memastikan perubahan peraturan itu berlaku. Akhirnya, melabur dalam kripto adalah byproduct kod yang telah dikemaskini itu, dan bukannya tujuan asal perubahan kod itu. Walaupun begitu, ia boleh menentukan hala tuju bidang kuasa lain untuk memandangkan Perancis telah mendapat kelebihan sebagai perintis. 

Ahli parlimen Joel Giraud berkata:

“Ia bukan matlamat utama Pakatan itu, tetapi pemberi insurans boleh menawarkan produk berdasarkan aset kripto. Mereka akan dapat berbuat begitu melalui specialized funds.”

Ahli Parlimen membuat undian beberapa hari lalu, dengan 147 undi menyokong, 50 undi menentang dan 8 tidak undi. Undi itu walaubagaimanapun, hanya mencerminkan satu pertiga daripada 577 kerusi dalam Parlimen. Menteri ekonomi Bruno Le Maire gembira dengan keputusan itu.

Penambahan kripto dalam Akta Pakatan, walaupun secara tidak langsung, adalah sesuatu yang besar. Pasaran insurans nyawa Perancis dilaporkan merangkumi aset berjumlah EUR2.2 trilion dan rakyat Perancis bergantung kepada produk-produk ini untuk pelaburan mereka dan simpanan persaraan, dan juga kelebihan cukai. Malah, polisi insurans mencerminkan 40% aset kewangan dalam kalangan rumahtangga Perancis, mengatasi sekuriti, wang tunai, dan produk simpanan lain.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-disrupts-trillion-french-life-insurance

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads