Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Bernilai USD$1,000 Disembunyikan dalam Mural Dinding

 

Seorang pelukis grafiti telah menyembunyikan Bitcoin bernilai USD$1,000 dalam perojek terbarunya, menurut pelukis itu dalam blognya pada 6 Januari.

Pascal Boyart, yang pada tahun lalu memasukkan alamat wallet Bitcoin dalam bentuk kod QR dalam lukisannya untuk mendapatkan pendapatan pasif, berkata dia memilih untuk membuat “pencarian harta karun” untuk menyambut ulangtahun ke-10 blok genesis Bitcoin pada 3 Januari.

Bitcoin itu terletak dalam mural dinding “La liberté guidant le peuple 2019,” yang dilukis berdasarkan lukisan terkenal Eugene Delacroix yang menjadi simbol Revolusi Perancis.

Lokasi mural itu adalah rahsia, dan sesiapa sahaja boleh menyelesaikan klu-klu untuk mencarinya.

Boyart menulis,”…ia adalah atas anda untuk mencari dinding itu dan penyelesaian kepada teka-teki ini.”

Alamat wallet harta karun itu adalah awam, dan usahawan Alistair Milne menggalakkan pengguna Bitcoin untuk menyumbang kepada projek itu untuk menambah nilai harta karun itu. Sewaktu penulisan, wallet itu mengandungi 0.28492509 BTC (USD$1,150).

Boyart adalah salah satu tokoh dalam dunia seni yang telah menggunakan hasil seni mereka untuk mempromosi matawang kripto. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, bulan lalu seorang seniman menjual “seni termurah dunia” dalam Bitcoin menggunakna Lighting Network.

Peristiwa blok genesis Bitcoin telah memberi inspirasi kepada yang lain, Contohnya peristiwa Proof-of-Keys Trace Mayer. Dilancarkan pada bulan Disember, Mayer meminta komuniti Bitcoin untuk mengeluarkan simpanan mereka dari wallet pihak ketiga pada 3 Januari untuk mendapatkan balik kawalan private key mereka.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/paris-treasure-hunt-sees-bitcoin-prize-worth-1-000-up-for-grabs-in-wall-mural

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.