Default – Above Header Ads

Bitcoin Disebut Dalam Laporan Mueller – Apa Impaknya?

 

Menurut laporan Special Counsel Robert Mueller mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016 dan kolusi Presiden Trump dengan Rusia, Bitcoin digunakan oleh Rusia dalam usaha online untuk masuk campur dalam pilihan raya presiden 2016.

Menurut laporan itu, operatif Rusia menggunakan Bitcoin dalam setiap peringkat usaha online untuk menghalang Hilary Clinton dan membantu kempen Donald Trump.

Rusia dilaporkan menggunakan Bitcoin dalam semua operasi mereka, termasuk pembelian VPN, server, identiti palsu, domain yang digunakan untuk propaganda politikal, dan banyak lagi. Penggodaman Rusia dan pengedaran maklumat palsu dikatakan telah menyumbang kepada kemenangan Trump dalam pilihan raya 2016.

Walaupun begitu, Rusia gagal menutup jejak langkah mereka, disebabkan blockchain Bitcoin yang terbuka dan telus. Dalam kes ini, agen Rusia dari Main Intelligence Directorate (GRU) cuba untuk menutup identiti mereka dengan Bitcoin, tetapi ditemui kumpulan penyiasat Mueller yang menjumpai identiti mereka melalui penggunaan beberapa bursa pertukaran termasuk BTC-e.

Agen Rusia gagal menyedari bahawa maklumat paling kecil boleh membawa penyiasat kepada penemuan keseluruhan jejak langkah transaksi mereka. Ini adalah kerana lejar blockchain yang menyimpan segala transaksi yang berlaku secara kekal.

Jika Bitcoin mempunyai blockchain yang berpusat ataupun private, ia akan mempunyai satu pusat kegagalan di mana Rusia boleh menyerangnya. Blockchain seperti ini mempunyai isu besar dari segi kepercayaan dan tidak boleh digunakan untuk menjejak penjenayah.

Kesimpulannya, kes ini membuktikan bahawa Bitcoin dan teknologi blockchain sepatutnya menjadi harapan kerajaan kerana agensi terhebat Rusia pun tidak boleh menyembunyikan identiti mereka atau sejarah transaksi mereka.

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/bitcoin-mentioned-mueller-report-why-such-big-deal/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads