Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Hanya Mengambil Masa 10 Tahun untuk Sampai ke G7, Menurut Pompliano

G7 yang berlangsung pada minggu terakhir Ogos melibatkan ketua negara dari Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat dan kali ini mereka telah meluangkan masa untuk berbincang tentang Bitcoin dan matawang digital secara lebih mendalam.

Sebelum ini, kumpulan itu telah berbincang tentang keperluan pengawalseliaan dan peraturan dalam sektor yang masih baru itu, tetapi keputusan akhir adalah setiap negara akan membangunkan rangka kerja pengawalseliaan mereka sendiri atau tidak berbuat apa-apa.

Beberapa hari sebelum mesyuarat itu berlangsung, CEO Morgan Creek Digital Asset Anthony Pompliano bercakap secara ringkas kepada Joe Kernen di CNBC tentang ‘debut kedua Bitcoin’ yang akan datang.

Penganalisa aset digital itu fokus kepada fakta bahawa dalam masa 10 tahun sahaja Bitcoin bermula dari token tepian yang dibincangkan oleh peminat teknologi di Internet, kepada satu topik perbincangan serius antara institusi pengawalseliaan seluruh dunia.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Bitcoinist, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, malah Setiausaha Negara Mike Pompeo, telah mengeluarkan kenyataan rasmi menunjukkan pendapat mereka tentang Bitcoin dan matawang kripto lain.

Pompliano percaya bahawa pengawalseliaan di masa hadapan akan mensasarkan pertukaran fiat seperti pembekal wallet dan bursa pertukaran kripto. Penganalisa itu menyatakan bahawa sasaran pengawalseliaan ini “akan terjejas untuk jangka masa pendek” memandangkan mereka akan mempengaruhi sentimen dan menghalang orang ramai dari melabur dalam matawang kripto.

Kesimpulannya, Pompliano dan banyak penganalisa lain bersetuju bahawa pengawalseliaan adalah sesuatu kebenaran yang tidak disukai. Tiada siapa suka idea pengawalseliaan kerajaan dan pematuhan cukai tetapi untuk sektor itu berkembang dengan baik, pengawalseliaan diperlukan.

Pompliano memberitahu penyampai CNBC Joe Kernen bahawa tidak kira apa sahaja pengawalseliaan yang akan timbul dari G7 ia mungkin “akan memberi kebaikan kepada Bitcoin buat jangka masa panjang”, kerana aset itu akan menjadi lebih mudah diakses kepada pelabur institusi dan biasa.

Sumber:

https://bitcoinist.com/anthony-pompliano-says-it-only-took-bitcoin-10-years-to-get-to-the-g7/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.