Bitcoin Jatuh Ke Tangga 19 Dalam Ranking Penilaian Blockchain China Terkini
Laporan ranking blockchain terbaru telah meletakkan Bitcoin di belakang projek blockchain baru seperti EOS dan Ethereum. 6th Global Public Blockchain Technology Assessment Index yang diterbitkan oleh China Electronic Information Industry Development (CCID), sebuah organisasi kerajaan, menyenaraikan Bitcoin pada kedudukan ke-19 berdasarkan merit teknologi. Pada masa yang sama, projek blockchain yang muncul selepas Bitcoin mengambil tempat utama, dengan diketuai EOS dan Ethereum, dan seturusnya diikuti Nebula, Ripple, NEO, IOTA, antara lain.
Indeks itu menilai sejumlah 33 projek blockchain awam berdasarkan teknologi, kebolehgunaan, dan kreativiti mereka. Menariknya, laporan indeks yang sama dari bulan Ogos meletakkan Bitcoin di antara sepuluh projek blockchain teratas. Bulan lalu menyaksikan mata wang digital jatuh ke kedudukan ke-17 dengan jumlah poin indeks pada 93.2. Pada bulan Oktober, Bitcoin jatuh lebih jauh kepada 92.5, menjadikan kedudukan Bitcoin menduduki tempat ke-19.
Penurunan ini mungkin muncul selepas penggunaan Bitcoin yang lebih rendah dalam penyelesaian pembayaran atau membuat aplikasi terdesentralisasi (Dapp). Bitcoin setakat ini bergantung kepada penyelesaian pihak ketiga untuk membetulkan isu skalabiliti yang berlaku. Ia telah menjadikan Bitcoin sebagai alat pembayaran yang kurang menarik berbanding blockchain lain yang mengesahkan transaksi dengan lebih cepat.
Sumber:
http://www.ccidnet.com/2018/1029/10432150.shtml