Default – Above Header Ads

Bitcoin Mengatasi Jumlah Transaksi PayPal pada $1.3 trilion

 

Untuk kali kedua sejak penciptaannya, Bitcoin telah melepasi jumlah transaksi tahunan syarikat pembayaran online PayPal.

Menurut data yang dikumpul dari portal statistik global, rangkaian Bitcoin menerbitkan jumlah transaksi bernilai $1.3 trilion pada tahun 2018. Pada tempoh masa yang sama, PayPal merekod jumlah transaksi sebanyak $578.65 bilion. Ini adalah kali kedua berturut-turut Bitcoin mengatasi PayPal. Pada tahun 2017, rangkaian Bitcoin menerbitkan jumlah transaksi bernilai $543.52 bilion lebih daripada firma global itu.

Kedua-dua Bitcion dan PayPal telah mendapat kebaikan daripada peningkatan dalam aktiviti pengiriman wang. World Bank melaporkan jumlah keseluruhan transaksi melepasi sempada telah bertambah 10% kepada $689 bilion pada tahun 2018. Namun begitu, Bitcoin bukan hanya untuk orang yang mencari perkhidmatan transaksi melepasi sempadan yang murah. 

Matawang kripto itu melihat majoriti daripada transaksinya datang daripada pedagang. Menurut laporan Diar, sektor kripto secara keseluruhan merekod jumlah transaksi di bursa pertukaran dalam tahun 2018, dan Bitcoin adalah kripto paling dominan.

World Bank menjangka pasaran pengiriman wang akan berkembang 3.7% kepada $715 bilion dalam tahun 2019. Jangkaan ini menandakan perkhidmatan seperti PayPal akan berterusan merekod jumlah transaksi yang tinggi. Untuk Bitcoin pula, aset digital itu dijangka akan menarik perhatian pelabur institusi dengan pelancaran platform derivatif Bitcoin yang dikawal selia seperti Bakkt.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/02/26/bitcoin-surpasses-paypal-in-yearly-transaction-volume-at-1-3-trillion/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads