Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Naik 5% dalam Berapa Minit: Bolehkan Ia Meningkat Lebih Tinggi?

 

Harga Bitcoin naik sebanyak 6 peratus pada hari ini, kepada USD$4,070, keluar daripada lingkungan USD$4,000 dengan selesa buat pertama kali sejak hari sebelum Krismas. Namun begitu, kekuatan Bitcoin tidak meyakinkan para pedagang tentang kenaikan besar untuk jangka masa pendek.

Dengan kenaikan 20 peratus kepada jumlah perdagangan hariannya, Bitcoin telah menunjukkan sedikit momentum di atas paras USD$4,000. Tetapi menurut penganalisa teknikal, DonAlt, kenaikan sedikit kepada harga Bitcoin tidak mencukupi untuk mengumumkan pembalikan trend harga dalam jangka masa pendek ini.

Penganalisa itu berkata, “Akhirnya satu perubahan. Jika pada hari ini harga tutup di atas paras resistance (USD$4,000), saya akan melihat untuk peluang beli/short close. Jika ia tutup di bawah pasaras resistance, saya akan mencari shorts. Berbahaya untuk berdagang dalam mana-mana arah dengan penyelenggaraan Finex yang akan datang pada esok hari.”

Kedua-dua bursa perdagangan margin terbesar Bitcoin, BitFinex dan BitMEX dijadualkan untuk penyelenggaraan pada 7 Januari, menghentikan perdagangan seketika.

Jika Bitcoin tutup pada hari ini pada USD$4,000 dan menunjukkan keadaan positif dalam jangka masa pendek, aset lain boleh mula bersedia untuk pergerakan harga ke atas dalam tempoh yang singkat.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Namun, secara amnya, pedagang melihat pergerakan harga Bitcoin sebagai sesuatu yang tidak memberangsangkan berikutan peergerakan negatif sebelum Krismas. Bitcoin boleh meningkat dengan signifikan sepanjang Januari, berpotensi untuk melepasi paras USD$4,500. Namun begitu, jika ia tidak melepasi USD$6,000 dan tahap resistance di atasnya, sukar untuk menetapkan lantai Bitcoin.

Satu pedagang mengatakan bahawa harga Bitcoin akan tidak memberangsangkan dalam dua suku tahun pertama 2019. Dan dengan ketidakstabilan pada harga yang rendah, sukar untuk ia kembali ke tahap yang lebih tinggi.

Trend jangka masa pendek Bitcoin tidak jelas kerana penyelenggaraan yang dijadualkan oleh dua bursa pertukaran terbesar.

Elemen utama dalam prestasi matawang kripto yang dominan sepanjang beberapa minggu adalah Jumlah perdagangan hariannya. Sepanjang dua minggu yang lalu, Bitcoin mengekalkan jumlah perdagangan lebih USD$4 bilion. Ini adalah lebih rendah daripada Jumlah purata di sekitar USD$4.5 bilion.

Kini, jumlah perdagangan di sekitar USD$6 bilion, dan jika ia boleh mengekalkan jumlah yang tinggi ini, Bitcoin boleh mengekalkan momentumnya.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-surges-5-in-minutes-can-it-lead-to-bigger-rallies-this-month/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads