Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Private (BTCP) Menuduh HitBTC Menipu Selepas Dikeluarkan Daripada Senarai

 

Pembangun Bitcoin Private (BTCP) telah menuduh bursa pertukaran HitBTC membuat penipuan berkaitan dengan mengeluarkan BTCP daripada senarai bursa itu berikutan coinburn yang telah dirancang.

Tuduhan itu dipaparkan dalam surat yang ditulis pada 26 Februari kepada bursa pertukaran itu oleh Petros Law Group bagi pihak komuniti, pembangun dan penyumbang BTCP, dan diterbitkan di Twitter Bitcoin Private pada 9 Mac.

Menurut penulisnya, surat itu – yang diterbitkan pada hari BTCP dikeluarkan daripada HitBTC – mendakwa HitBTC cuba untuk memeras BTCP berikutan isu yang timbul daripada coinburn itu. Dokumen itu menyatakan bahawa bermula daripada Mac tahun lalu, BTCP dicipta daripada fork ZClassic dan Bitcoin dengan notis coinburn di masa hadapan dalam whitepaper: acara yang dijadualkan itu adalah untuk memadam (atau membakar) semua coin yang masih belum dituntut (atau dipindahkan) selepas fork. Pada 3 Mac 2018, sehari selepas pelancaran itu, HitBTC dilaporkan mengenakan yuran penyenaraian kepada BTCP sebanyaj setengan juta dollar dalam Bitcoin.

Dokumen itu mengandungi screenshot tweet yang telah dipadam pada pertengahan Februari daripada HitBTC, yang menerangkan kepada pengguna bahawa memandangkan alamat BTCP di bursa pertukaran dicipta selepas fork itu dijalankan, pengguna tidak akan terjejas kerana coinburn.

Pada 15 Februari, sehari sebelum coinburn yang dijadualkan, HitBTC dilaporkan meminta bantuan BTCP untuk melindungi dana penggunanya melalui emel, yang kemudiannya menjadi tuntutan sebanyak 58,920 BTCP untuk diberikan selepas coinburn kerana jangkaan kerugian.

Namun begitu, dokumen itu menyatakan bahawa alamat BTCP yang dicipta selepas fork tidak akan terjejas, dan bursa pertukaran tidak bimbang tentang kerugian pengguna, kerana tiada isu yang berlaku. Sebaliknya, dokumen itu menyatakan HitBTC secara rahsia menyimpan 58,920 BTCP dalam wallet Segwit BTCP, dan kerisauan tentang coinburn berkaitan dengan dana peribadi HitBTC.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Dokumen itu juga menyatakan bahawa pembangun BTCP telah memberitahu bursa pertukaran itu bahawa mereka tidak akan melayan tuntutan itu, tetapi memberi bantuan teknikal – ditunjukkan dengan screenshot emel – bertujuan untuk membantu melindungi dana daripada coinburn.

Pada 17 Februari, coinburn itu dilaporkan berlaku, sehari selepas ia dijangkakan, dan pada 21 Februari, HitBTC didakwa mengancam untuk menarik sokongan BTCP jika pembangun coin itu tidak membayarnya 58,920 BTCP.

HitBTC telah mengeluarkan kenyataan rasmi di halaman blognya pada 9 Mac mengatakan bahawa pembangun BTCP tidak memberi cara yang selamat untuk memindahkan dana Sebelum coinburn itu, tetapi bursa itu telah membayar kembali semua kerugian. 

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-private-team-accuses-crypto-exchange-hitbtc-of-fraud-after-delisting

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads