Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Terapung Di Atas $3,850 Manakala Matawang Kripto Besar Lain Melihat Kerugian

 

Pada 2 Mac, 20 matawang kripto teratas melaporkan kerugian kecil ke sederhana pada hari itu. Bitcoin kini terapung di atas $3,850 Sekali lagi, menurut data Coin360.

Sewaktu penulisan, Bitcoin jatuh kurang daripada 1 peratus, berdagang pada harga $3,858, menurut data CoinMarketCap. Melihat kepada carta mingguannya, harga terkini BTC menurun lebih 6 peratus daripada $4,142, harga Bitcoin pada awal minggu itu.

Ethereum mengekalkan kedudukan sebagai altcoin terbesar berdasarkan modal pasaran, iaitu lebih $14 bilion sewaktu penulisan. Altcoin kedua terbesar, Ripple mempunyai modal pasaran lebih kurang $13 bilion sewaktu penulisan.

ETH turun sebanyak 2.5 peratus dalam masa 24 jam, menurut data CoinMarketCap. Sewaktu penulisan, ETH berdagang pada harga $134, selepas memulakan hari itu pada $138. Dalam carta mingguannya, ETH telah melihat penurunan nilai lebih 15 peratus dari $157, harga coi itu pada awal minggu itu.

Minggu ini, naik taraf Ethereum Constantinople dan St. Petersburg dilancarkan di mainnet pada blok 7,280,000.

Ripple pula telah kehilangan dua peratus dalam masa 24 jam dan kini berdagang pada $0.315 sewaktu penulisan. Dalam carta mingguannya, coin itu kehilangan hampir lima peratus daripada $0.331, harga XRP pada awal minggu itu.

Antara 20 matawang kripto teratas, coin paling banyak mengalami kerugian adalah EOS dan Tron (TRX), kedua-duanya dalam empat peratus sewaktu penulisan.

Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto adalah $130.1 bilion – iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus daripada $140.6 bilion, nilai yang dilaporkan seminggu yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-hovers-over-3-850-as-most-top-cryptos-see-losses

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads