Default – Above Header Ads

Bitfinex Boleh Menyimpan Dokumen tentang Penutupan Kehilangan $850 juta

Bitfinex boleh menyimpan dokumen tentang penutupan kehilangan sebanyak $850 juta di platform perdagangannya, menurut penghakiman Appelate Division of the New York Supreme Court.

Dalam arahan mahkamah pada 24 September, hakim mahkamah David Friedman, Peter Tom, Troy Webber, Ellen Gesmer dan Jeffrey Oing telah bertindak untuk menghentikan penghakiman sebelum ini oleh hakim New York Supreme Court Joel Cohen yang memerlukan Bitfinex menyerahkan dokumen dan maklumat berkaitan kehilangan itu.

Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph pada bulan April, New York Attorney General’s Office (NYAG) telah memfailkan aduan terhadap syarikat induk iFinex, Bitfinex dan pengeluar stablecoin Tether. Ia mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu telah menipu pelabur New York dengan menyembunyikan kehilangan sebanyak $850 juta di platform perdagangan Bitfinex. Attorney General Letitia James menulis ketika itu:

“Penyiasatan kami telah mengenal pasti bahawa operator platform perdagangan ‘Bitfinex’, yang juga mengawal matawang virtual ‘tether’, telah terlibat dalam penyembunyian kehilangan sebanyak $850 juta dana korporat dan klien.”

Cointelegraph juga telah melaporkan bahawa pendakwa raya itu telah mendedahkan bahawa pejabatnya telah mendapatkan fail mahkamah yang mendakwa syarikat-syarikat melanggar undang-undang New York dan Bitfinex tidak pernah mendedahkan kehilangan itu kepada pelabur.

Pemfailan itu mendakwa bahawa Tether telah terlibat dalam satu siri transaksi korporat di mana Bitfinex mendapat akses kepada sehingga $900 juta simpanan wang Tether dan menggunakan wang itu untuk menyembunyikan kehilangan dan kegagalan untuk menguruskan pengeluaran klien.

Cointelegraph melaporkan pada 20 Ogos bahawa Bitfinex dan Tether membalas penghakiman Hakim Joel Cohen dalam kes yang berlangsung itu dengan mengatakan bahawa mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan untuk tidak membuang kes itu atas sebab ketiadaan bidang kuasa.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitfinex-can-hold-on-to-documents-about-alleged-850-million-cover-up

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads