Default – Above Header Ads

Bitfinex Merancang untuk Mengeluarkan Token Pertukaran, Menurut Pemegang Saham

Bursa pertukaran matawang kripto beroperasi di Hong Kong mungkin akan mengeluarkan token pertukaran, menurut seorang pemegang saham yang mengetahui tentang rancangan itu.

Dong Zhao, pedagang OTC yang dikenali di China yang memegang saham dalam Bitfinex, yang pertama kali mengumumkan berita itu di Weibo, memberitahu CoinDesk bahawa bursa pertukaran itu memang merancang untuk pengeluaran itu, walaupun “penerangannya masih lagi belum disahkan.”

Bitfinex masih belum memberi maklum balas kepada permintaan CoinDesk untuk komen sewaktu penulisan.

Ia masih jelas setakat ini bagaimana perancangan itu akan terjadi atau apa yang dijanjikan kepada  peserta dalam penawaran token pertukaran itu. Namun begitu, jika ia disahkan, dakwaan itu menarik kerana ia datang selepas dakwaan dari pejabat Peguam Negara New York bahawa Bitfinex telah kehilangan $850 juta dalam dana pelanggan dan korporat.

Selepas itu, peguam negara itu berkata, Bitfinex kemudian secara sembunyi membuat pinjaman sebanyak $900 juta dari syarikat yang berkaitan dengannya, iaitu Tether, yang mengeluarkan stablecoin USDT, untuk menutupi kehilangan itu.

Bitfinex kemudian mendakwa bahawa jumlah $850 juta itu telah “diambil” oleh beberapa penguatkuasa dan ia sedang bekerja untuk mendapatkan kembali dana itu.

Zhao, yang juga pengasas firma pelaburan blockchain DGroup, berkata dialah yang mencadangkan perancangan token itu kepada Bitfinex. Pada 28 April, beberapa hari selepas dakwaan dari Peguam Negara NY itu, dia berkata di akaun Weibo bahawa bursa pertukaran itu sepatutnya mengambil peluang untuk mengeluarkan token sebanyak $850 juta untuk membawa masuk USDT bersamaan dengan jumlah yang dibekukan itu. Peserta akan mendapat token bursa itu sebagai ganti.

Dia memberitahu CoinDesk bahawa kebaikan kepada pengguna adalah “token bursa pertukaran mempunyai kecairan yang lebih baik. Mereka adalah satu-satunya token sebenar yang bukan shitcoin.”

“Cara pengeluaran mungkin sama dengan token bursa pertukaran lain, yang diedarkan melalui pakej yuran perdagangan pra-bayar,” dia berkata, dan kemudiannya menambah dia akan berusaha sebaiknya untuk menjadikan ia realiti.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bitfinex-is-planning-to-issue-an-exchange-token-shareholder-says

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.