Default – Above Header Ads

Bitfinex, Tether Mendapat “Kemenangan” Terhadap NYAG

Sumber berkata bahawa Mahkamah Agung New York, Joel M. Cohen, membenarkan penolakan permohonan dokumen berpihak kepada Bitfinex. Langkah ini mengecilkan skop dokumen yang perlu dikemukakan oleh Bitfinex dan Tether atas permintaan NYAG.

Hakim Cohen juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 29 Julai 2019, untuk kedua-dua pihak muncul untuk perbicaraan yang akan mempertimbangkan menyekat semua permohonan untuk maklumat daripada Bitfinex. Dia menambah bahawa sementara itu hakim itu juga akan memikirkan tentang permohonan Bitfinex untuk menolak kes itu sepenuhnya.

Tidak mengejutkan, Bitfinex memuji keputusan Mahkamah Agung New York menggelarnya “kemenangan” dalam pertempuran menentang NYAG. Bursa pertukaran itu mendakwa bahawa keputusan mahkamah membuktikan kenyataannya bahawa tindakan undang-undang NYAG adalah tidak berasas.

Bursa pertukaran itu menulis dalam terbitan blog:

“Arahan ini adalah satu lagi kemenangan dalam pembelaan perniagaan kami terhadap tindakan NYAG, dan ia berakhir dengan keputusan Hakim Cohen minggu lalu meluluskan permintaan kami untuk mengecilkan secara signifikan injunksi terhadap perniagaan kami yang diambil oleh Peguam Negara.”

Menambah:

“Kami bersedia untuk berterusan mencabar dakwaan tanpa merit NYAG, dan kami akan berterusan melindungi pelanggan kami dan menekankan hak kami terhadap mereka yang membuat dakwaan palsu tanpa bukti terhadap kami.”

Baru-baru ini Bitfinex berada dalam kontroversi apabila Pejabat NYAG menuduh ia bersekongkol dengan firma sekutunya Tether untuk menutup kerugian perniagaan lebih $850 juta. Pada 26 April 2019, wakil NYAG Letitia James berkata dia telah memohon arahan mahkamah terhadap iFinex Ltd, syarikat induk kedua-dua syarikat itu.

Sebagai respon, iFinex Ltd menyatakan bahawa penguatkuasa itu tiada bidang kuasa dalam hal pejabat berdaftar Bitfinex di British Virgin Islands. Tambahan lagi, syarikat yang beroperasi di Hong Kong itu berkata rakyat AS tidak dibenarkan berdagang dalam bursa itu, dan pejabat NYAG tiada kuasa undang-undang untuk menyamannya.

Yang terbaru, Bitfinex berjaya mengumpul $1 bilion melalui IEO daripada pelabur institusi. Namun begitu, ramai skeptik yang risau tentang masa perkembangan itu kerana ia datang sewaktu bursa itu menghadapi krisis Kecairan yang serius.

Sumber:

https://btcmanager.com/bitfinex-tether-claim-a-legal-victory-nyag/?q=/bitfinex-tether-claim-a-legal-victory-nyag/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads