Default – Above Header Ads

Bitfury Berkerjasama dengan HadePay untuk Mengembangkan Lightning Network

 

Firma pembangunan blockchain, Bitfury dilaporkan bekerjasama dengan HadePay, syarikat pemproses pembayaran yang beroperasi di Amerika Syarikat, untuk membantu peniaga menerima pembayaran menggunakan Lightning Network, penyelesaian pembayaran matawang kripto lapisan-kedua.

API Lightning Peach Bitfury yang terbaru, yang dibangunkan melalui usaha kolaboratif yang melibatkan HadePay, telah direkabentuk untuk menjadikan ia mudah untuk pengguna membuat pembayaran berdasarkan LN. Pada ketika ini, perkhidmtaan HadePay termasuk membolehkan pengguna menerima bayaran dalam matawang fiat dan kripto. Syarikat itu juga bekerja dengan PayPal dan Square untuk membantu dalam memproses pembayaran untuk Klien di seluruh dunia.

Memberi komen tentang inisiatif itu, Pavel Prikhodko, ketua di Lightning Peach (kumpulan bekerja yang Ditubuhkan oleh Bitfury untuk fokus kepada penyelidikan dan pembangunan LN) berkata:

“Rangkaian meluar HadePay kini akan boleh menerima bitcoin memandangkan transaksi itu akan berlaku hampir serta merta. LN adalah alat yang sangan penting untuk pembayaran matawang kripto yang lancar, dan kami teruja untuk membawanya lebih dekat kepada penggunaan meluas.”

Platform HadePay, yang menggunakan API peniaga Peach Bitfury untuk membolehkan pembayaran LN, hanya boleh didapati di Amerika Syarikat, Kanada dan European Union. Seperti yang dinyatakan dalam blog Lightning Peach, gateway pembayaran hibrid HadePay (fiat dan kripto) boleh diakses oleh pengguna dalam semua 50 negeri di Amerika Syarikat. Firma perkhidmatan profesional, padang golf, entiti non-profit, kedai beli-belah, restoran dan resort boleh menggunakan HadePay untuk memproses pembayaran, menurut blog itu.

Pada pertengahan Januari, Bitfury Group yang beroperasi di San Francisco mendedahkan ia akan bekerjasama dengan BTCBIT, bursa pertukaran beroperasi di Polandm untuk membantu “membawa pembayaran LN” kepada peniaga menggunakan BTCBIT. Menurut terbitan blog Lightning Peach, integrasi LN bermatlamat untuk “membantu lebih ramai orang menggunakan bitcoin dalam kehidupan seharian mereka dengan cara yang cepat dan mudah.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/bitfury-continues-to-help-expand-lightning-network-ln-coverage-with-hadepay-partnership/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.