Default – Above Header Ads

Bitfury Membuka Penjualan Langsung Peralatan Perlombongan Bitcoin kepada SME

Pengeluar peralatan perlombongan Bitcoin, Bitfury, telah menerbitkan harga untuk peralatannya buat pertama kali. Menurut artikel dalam Bahasa Rusia, RBK-Krypto, syarikat itu telah membuka penjualan atas talian peralatan mereka kepada perusahaan kecil dan medium (SME).

Peralatan yang kini boleh didapati di kedai online Bitfury termasuk cip Clarke ASIC, mining rig B9 Tardis dan juga unit perlombongan mudah ali BlockBox AC.

Clarke 14nm ASIC berharga $2500 termasuk cukai untuk pembelian minima sebanyak 1000. Cip tersebut berkuasa sehingga 120 gigahash per saat, dan beroperasi dengan kadar efisyen serendah 55 millijoule per gigahash.

Rig B9 Tardis datang sekali dengan Clarke ASIC dan boleh dinaiktaraf apabila teknologi baru ASIC dikeluarkan. Harganya adalah $3300 termasuk cukai untuk peralatan yang ada, dan $2900 termasuk cukai untuk penghantaran pada pertengahan bulan Oktober.

Mereka yang ingin membeli BlockBox AC perlu bersedia untuk mengorek poket mereka lebih dalam, kerana harga permulaannya adalah lebih dari separuh juta dollar sebelum cukai. Namun begitu, untuk harga itu, anda akan mendapat penyelesaian perlombongan mobile plug-and-play dengan sehingga 7.5 petahash per saat. Anda hanya memerlukan sumber tenaga yang berpatutan dan akses internet…dan juga tempat untuk menyimpan kontena penghantaran sebesar 40 kaki.

Bitfury sebelum ini hanya fokus penjualan kepada klien korporat yang besar, dan harga sebelum ini hanya ‘untuk aplikasi’ sahaja. Dengan membuka penjualan kepada SME (dan juga kemungkinan besar individu), Bitfury meluaskan sasaran pasarannya.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitfury-opens-direct-sales-of-bitcoin-mining-equipment-to-smes/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.