Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bithumb Memulakan Perkembangan Ke Timur Tengah dengan Bursa Pertukaran Kripto UAE

 

Bursa pertukaran kripto Korea Selatan Bithumb akan melancarkan bursa pertukaran fiat-ke-kripto yang berlesen di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Firma itu mengumumkan pada 12 Februari bahawa ia telah menandatangani memorandum of understanding (MoU) dengan firma UAE, Nvelop untuk menubuhkan kerjasama untuk inisiatif itu, menurut laporan CoinDesk Korea.

Nvelop ditubuhkan oleh E11 Investment Fund yang beroperasi di Abu Dhabi dan Trill Ventures Group di Asia untuk membiayai bisnes blocckhain di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Melalui kerjasama baru itu, Bithumb berkata, syarikat itu merancang untuk berkembang ke negara MENA termasuk Arab Saudi dan Bahrain.

Pada bulan Jun yang lalu, penguatkuasa pasaran Abu Dhabi, Financial Services Regulatory Authority (FSRA) Pasaran Global Abu Dhabi mengeluarkan rangka undang-undang di mana bursa pertukaran kripto perlu mendapatkan lesen dan kelulusan dari FSRA sebagai bisnes aset kripto. Rangka undang-undang itu juga menghadkan Jenis aset kripto yang boleh digunakan oleh firma.

FSRA merancang untuk mengeluarkan lesen di bawah skim itu dalam pertengahan tahun pertama tahun ini, Bithumb berkata dalam pengumumannya. Jika diluluskan, ini bermakna bursa pertukaran kripto UAE itu hanya boleh dilancarkan dalam pertengahan 2019.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Minggu yang lalu, Bithumb telah melancarkan kaunter perdagangan over-the-counter (OTC) untuk aset digital melalui entitinya Hong Kong, Bithumb Global.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bithumb-kicks-off-middle-east-expansion-with-uae-crypto-exchange

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.