Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitmain Melancarkan Dua ASIC Miners S17 Bitcoin Baru

Pengeluar peralatan perlombongan Application Specific Integrated Circuit (ASIC) Bitmain mengumumkan pelancaran dua miner S17 baru dalam sidang media yang dikongsi bersama Cointelegraph.

Kedua-dua ASIC miner baru itu, S17e dan T17e, telah dilancarkan pada 9 September. Syarikat itu mendakwa bahawa kedua-dua model itu telah ditambah baik untuk peningkatan tahap efisyen, kestabilan operasi dan daya tahan.

Bitmain juga telah mengeluarkan spesifikasi kedua-dua mesin perlombongan itu. S17e mempunyai kadar hash sebanyak 64 TH/s dan beroperasi dengan tenaga sebanyak 45 J/TH, sementara T17e menawarkan kadar hash sebanyak 53 TH/s dan beroperasi dengan tenaga sebanyak 55 J/TH.

Kedua-duanya menggunakan sistem dual tube hear dissipation, yang didakwa menambah daya tahan mesin itu dan kestabilannya.

Tambahan lagi, Bitmain juga mendakwa bahawa software di dalam kedua-dua mesin itu mempunyai standard keselamatan siber yang lebih tinggi untuk menghalang serangan jahat.

S17e dan T17e akan dikeluarkan dalam tiga kumpulan. Kumpulan pertama telah dijual pada 9 September dan dijangka akan dihantar dalam 10 hari pertama November. Kumpulan kedua dijual pada 10 September dan akan dihantar dalam tempoh bermula 11 November eshingga 20 November.

Dan kumpulan ketiga telah dijual pada 11 September, dan penghantarannya dijadualkan bermula 21 November dan berakhir pada 30 November.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Ogos, Bitmain akan menambah kapasitinya sebanyak 50% dalam enam bulan akan datang dengan permintaan hardware.

Syarikat itu juga telah mengumumkan pampasan untuk kelewatan penghantaran. Sebagai sebahagian daripada inisiatif baru ini, pelanggan yang lewat menerima penghantaran akan diberi kupon Bitmain untuk setiap hari pesanan mereka lambat diterima. Pampasan itu berdasarkan pembayaran setiap bahagian pendapatan mining pool ditolak dengan kos elektrik.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitmain-launches-two-new-s17-bitcoin-asic-miners-today

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.