Bitmain Mengumumkan Cip ASIC untuk Melombong Bitcoin dan Bitcoin Cash yang Jimat Tenaga
Syarikat perlombongan kripto gergasi China dan pengeluar peralatan ASIC Bitmain mengumumkan cip perlombongan ASIC 7nm (nanometer) generasi seterusnya, menurut sidang media yang diterbitkan pada 18 Februari.
Peralatan perlombongan baru itu, BM1397, direka bentuk untuk melombong matawang kripto yang menggunakan algoritma SHA256 untuk PoW, seperti Bitcoin dan Bitcoin Cash.
BM1397 memerlukan kurang kuasa untuk melombong matawang kripto, menunjukkan penambah baikan sebanyak 28.6 peratus dalam penjimatan tenaga berbanding cip 7nm syarikat sebelumnya, BM1391.
Cip baru itu akan akan digunakan dalam model Antminer baru – S17 dan T17 – yang akan dilancarkan tahun ini.
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, Bitmain baru-baru ini mengalami kesukaran disebabkan pasaran yang menurun dan sekurang-kurangnya dua kes saman kelas aksi terhadap Syarikat itu. Syarikat itu dilaporkan telah menutup pusat pembangunan blockchain di Israel, menghentikan operasinya di Texas dan mengurangkan operasinya di Netherlands dalam beberapa bulan yang lalu.
Syarikat perlombongan besar lain juga menghadapi cabaran yang sama kerana penurunan pasaran kripto. Contohnya, syarikat Internet Jepun GMO Internet Group mendedahkan ia akan meninggalkan sektor peralatan perlombongan Bitcoin di Disember 2018, kerana kerugian signifikan di Q4.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!