Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitmain Menuduh Projek Matawang Kripto Menirunya

Pengeluar peralatan perlombongan matawang kripto Bitmain telah menuduh projek matawang kripto kerana menggunakan namanya secara haram dalam mempromosi produk yang dipanggil Mangocoin (MNG).

Dalam terbitan blog 9 Ogos, Bitmain berkata bahawa ia menemui jenamanya digunakan secara haram dalam penjualan produk yang dipanggil “Bitmain Cloud Miner” dan dalam promosi Mangocoin. Penipu itu didakwa menyamar sebagai Bitmain dan promosi produk-produk itu dalam laman web, aplikasi dan software.

Bitmain kemudiannya memberi amaran kepada orang awam bahawa Mangocoin dan akaun media sosial, laman web, aplikasi dan aplikasi permesejan kumpulan bukan platform atau siaran perniagaan syarikat itu, menyatakan bahawa Bitmain tidak menyokong MNG sebagai pembangun.

Syarikat itu juga berkata bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi dirinya dan hak-hak penggunanya, menambah:

“Kami ingin memberi peringatan kepada pelanggan kami yang sedia ada dan akan datang untuk mengenal pasti pembekal perkhidmatan dengan betul apabila membeli produk, untuk mendaftar atau membeli apa sahaja online hanya selepas pertimbangan yang menyeluruh dan berwaspada kepada promosi yang menipu, kutipan yang haram, penipuan dan aktiviti jenayah lain di Internet.”

Seperti yang dilaporkan pada penghujung Julai, penjenayah siber telah menghantar emel penipuan mendakwa mereka dari Financial Conduct Authority UK dan mempromosi pelaburan aset kripto.

Pada bulan Januari, broker online Jepun Monex Group, pemilik bursa pertukaran Coincheck yang digodam, memberi amaran tentang scam baru yang mendakwa berkaitan dengan perniagaannya. Scam itu, yang hanya sedikit Sahaja butiran yang dikeluarkan, melibatkan mangsa menerima panggilan dari entiti yang dipanggil “Monex Coin Management.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitmain-accuses-cryptocurrency-project-of-impersonation

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.