Bitmain Merancang untuk Menubuhkan Mesin Perlombongan Kripto di China
Firma perlombongan matawang kripto Gergasi Bitmain dilaporkan merancang untuk menubuhkan 200,000 unit peralatan perlombongan di China untuk mendapat kebaikan daripada tenaga hidroelektrik yang berkos rendah di negara itu, menurut laporan CoinDesk pada 21 Mac.
Sumber dari China dilaporkan memberitahu CoinDesk bahawa Bitmain akan memasang 200,000 unit mesin perlombongan mereka sendiri untuk menambil kesempatan kepada kos rendah untuk menjana tenaga hidroelektik semasa musim panas berikutan hujan yang terlampau di barat daya China. Peralatan perlombongan itu dianggarkan bernilai dalam $80 juta ke $100 juta.
Firma itu dilaporkan telah mula berurusan dengan mining farm temparan untuk hos peralatannya. Menurut sumber itu, Bitmain ingin melancarkan mesin barunya seperti AntMiner S11 dan S15 dan juga model lama seperti AntMiner S9i/j.
Berita itu datang selepas keputusa Bitmain untuk menutup pusat pembangunannya di Israel dan membuang pekerjanya pada bulan Disember lalu, dan untuk mengurangkan operasinya di Netherlands pada bulan Januari. Gari Glikberg, ketua cawangan Israel dan naib pengerusi pemasaran dan penjualan antarabangsa Bitmain, mengaitkan penutupan itu dengan kejatuhan pasaran baru-baru ini:
“Pasaran kripto telah menghadapi keadaan kucar-kacir dalam beberapa bulan yang lalu, yang telah memaksa Bitcoin untuk menilai kembali aktivitinya di seluruh dunia dan fokus kembali perniagaannya selaras dengan keadaan semasa.”
Bitmain berkata langkahnya untuk menutup operasinya di Netherland adalah sebahagian daripada roadmap jangka masa panjang untuk strategi penjimatan kos. Bitmain dilaporkan terjejas kerana penurunan keuntungan dalam perlombongan Bitcoin dalam beberapa bulan yang lalu.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!