Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitmain Tetap Akan Meneruskan Dengan IPO Terbesar Matawang Kripto

 

Pada penghujung 2018, Bitmain telah membuang beberapa jabatan berikutan laporan tentang masalah kewangan. Dalam terbitan blog pada 26 Mac, syarikat itu menerangkan keputusan yang diambil adalah sebahagian daripada usahanya untuk menyelaraskan model perniagaannya.

Satu kenyataan daripada terbitan itu adalah:

“Ia satu keputusan yang sangat sukar tetapi perlu untuk kami terus membina perniagaan yang boleh diskala dan kekal untuk jangka masa panjang. Kami melakukan yang terbaik untuk memberi pampasan kepada pekerja kami di atas keperluan undang-undang.”

Bitmain juga membuat perubahan dalam struktur kepimpinannya dengan Haichao Wang, bekas ketua jurutera dilantik sebagai CEO baru. Pengasas bersama Jihan Wu dan Ketuan Zhan kekal sebagai pengarah syarikat itu untuk membuat keputusan besar.

Seperti yang dilaporkan Bitcoinist, aplikasi IPO Bitmain di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) telah tamat tempoh selepas enam bulan. Menurut syarikat itu, penguatkuasa dan stakeholder lain masih ragu-ragu dengan potensi besar industri matawang kripto.

Sementara itu, Bitmain berkata ia akan memulakan semula aplikasi itu dalam masa terdekat. Walaupun Bitmain gagal dengan aplikasi IPO pertama mereka, syarikat itu berkata proses itu tetap memberi impak positif terutama dalam bahagian ketelusan kewangan.

Bercakap tentang ketelusan, Bitmain masih belum menerbitkan laporan kewangannya untuk Q3 2018. Banyak spekulasi mengatakan mereka mengalami kerugian sehingga $740 juta untuk suku tahun itu.

Cubaan akan datang untuk memfailkan aplikasi IPO baru akan melihat syarikat itu terpaksa menerbitkan laporan kewangan Q3 dan mungkin Q4 2018, bergantung kepada tempoh laporan yang ditetapkan operator bursa saham itu.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-bitmain-ipo-new-ceo-refile/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.