Default – Above Header Ads

Bitmain Umumkan Dua Mesin Pelombongan Mata Wang Kripto ASIC Baru

Pengeluar cip ASIC utama yang terkemuka, Bitmain mengumumkan pelancaran dua mesin perlombongan Bitcoin (BTC) baru dalam catatan blog yang disiarkan pada 9 Oktober. Pengasas Bitmain, Jihan Wu mengumumkan mesin perlombongan S17+ dan T17+ di Sidang Kemuncak Perlombongan Digital Dunia (WDMS) di Frankfurt. Bitmain mendakwa bahawa ASIC yang baru ini mempunyai penambahbaikan terhadap kecekapan dan “hashrate”.

Catatan blog itu menyatakan bahawa perkakasan baru ini mampu melakukan puluhan trilion hash sesaat (TH/s): “Antminer S17+ mempunyai kadar hash 73 TH/s dan beroperasi dengan kecekapan kuasa 40 J/TH + 10 %, manakala T17 + menawarkan kadar hash 64 TH/s dan kecekapan tenaga sebanyak 50 J/TH + 10%. “

Pengumuman itu juga menyebut teknologi penyingkiran haba dwi-tiub dalam mesin baru dan mendakwa bahawa “ruang antara salur masuk udara ke salur keluar udara telah dikurangkan sebanyak 50%” yang seterusnya meningkatkan kadar penyingkiran haba dan mengurangkan bunyi kipas.

Pengenalan mesin perlombongan ASIC telah mengubah wajah perlombongan mata wang kripto, yang sebelumnya bergantung pada unit pemprosesan grafik (GPU) untuk menyelesaikan teka-teki kriptografi dalam perlombongan mata wang kripto. ASIC dibina khas untuk algoritma tertentu dan jauh lebih baik daripada GPU yang paling berkuasa untuk tujuan melombong mata wang kripto, walaupun sesetengah mata wang kripto adalah kalis perlombongan ASIC.

Rujukan:

https://blog.bitmain.com/en/bitmain-announces-two-new-antminer-17-series-miners-at-world-digital-mining-summit/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads