Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitrue Singapura Melancarkan Platform Pinjaman berdasarkan Kripto

Bursa pertukaran yang beroperasi di Singapura, Bitrue, telah melancarkan platform pinjaman kripto dengan faedah yang rendah.

Perkhidmatan itu, yang dilancarkan pada 30 September, akan meminjamkan BTC, ETH, XRP dan USDT pada kadar faedah harian sebanyak 0.04 peratus. Pengguna akan meletakkan aset kripto yang dipegang Bitrue sedia ada sebgai kolateral terhadap pinjaman $100 minima mereka.

Bitrue akan membiayai program ganjaran pemegang kripto “power piggy” dengan pembayaran faedah pinjaman pengguna mereka.

Platform pinjaman itu adalah sebahagian daripada peralihan besar bursa pertukaran yang fokus kepada XRP itu, menurut CEO Curis Wang dalam satu kenyataan, memberi hint kepada lebih banyak instrumen kewangan di masa akan datang.

“Matlamat Bitrue dari awal adalah untuk menjadi jambatan antara pasaran kripto dengan sektor perkhidmatan kewangan tradisional,” menurut Wang.

“Ia adalah masa terbaik untuk kami melancarkan inisiatif pertama kami.”

Pelancaran produk itu datang hanya tiga bulan selepas syarikat itu digodam dan kehilangan $4 juta dalam aset kripto dari bursa pertukaran itu. Wakil syarikat itu berkata dana itu mempunyai insurans dan pengguna telah mendapat kembali simpanan mereka.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bitrue-crypto-loan-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.