Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BitTorrent akan Melancarkan Aplikasi Media Sosial P2P dalam Q2 2019

 

Syarikat software P2P yang dimilik Tron, BitTorrent mengumumkan bahawa ia akan melancarkan versi beta awam aplikasi sosial media desentralisasi BitTorrent Live dalam Q2 2019, dalam satu sidang media pada 27 Mac.

Menurut sidang media itu, syarikat itu menawarkan akses awal kepada perkhidmatan streaming BitTorrent Live pada 28 Mac. Aplikasi itu, platform media sosial berdasarkan video yang lebih kurang sama seperti Snapchat dan TikTok, membolehkan pengguna mencipta live content dan berhubung dengan orang lain melalui telefon mudah alih.

Perkhidmatan itu dilaporkan membolehkan penggunanya livestream dari mana sahaja mereka mendapat akses internet sementara penonton boleh memberi maklum balas dan “likes” serta merta. Pengguna aplikasi itu boleh mencari subjek yang mereka minati.

BitTorrent Live bukan sesuatu yang baru, pada tahun 2012 Bram Cohen – penulis BitTorrent – berkata matlamatnya dengan platform itu adalah untuk “membunuh televisyen”. Walaupun software itu bukan baru, karakternya telah berubah mengikut masa.

Versi pertama BitTorrent Live adalah protokol penerbitan content baru, bukannya aplikasi media sosial. Versi awal aplikasi itu ditutup selepas syarikat itu gagal mengutip dana untuk menjadikannya perniagaan persendirian pada April 2017.

Pada bulan January, bekas ketua pegawai strategi BitTorrent, Simon Morris berkata Tron tidak akan mampu menampung jumlah transaksi yang diperlukan untuk mentokenisasi BitTorrent. Morris berkata Tron “tidak akan” boleh menampung jumlah transaksi yang sistem itu perlukan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bittorrent-to-release-p2p-social-media-app-bittorrent-live-in-q2-2019

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads