Default – Above Header Ads

Bittrex Menolak Dakwaan Pengguna Korea Utara di Platformnya

 

Bursa pertukaran Amerika Syarikat Bittrex telah menyatakan dakwaan pengguna Korea Utara berdagang di platform itu adalah palsu dalam tweet pada 22 April.

Dalam tweet itu, Bittrex mengatakan bahawa ia telah memeriksa dua akaun yang didakwa milik pengguna dari Korea Utara, menekankan ia telah menyiasat akaun sama pada bulan Oktober 2017. Bursa itu mendakwa penduduk Korea Selatan tersalah pilih Korea Utara dalam menu negara.

Bittrex berkata ia mengenal pasti dari mana pengguna datang melalui pengenalpastian negara, alamat IP dan fizikal, menyimpulkan bahawa “tiada pengguna dari Korea Utara berdagang di platform kami.”

Pada awal April, Bittrex telah dikecam oleh Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York (NYDFS) kerana polisi dan kawalan yang tidak mencukupi mengenai standard AML, KYC dan OFAC. NYDFS kemudiannya menolak permohonan BitLicense dari Bittrex.

Menurut NYDFS, ia telah mengeluarkan beberapa surat pematuhan kepada Bittrex untuk “menyelesaikan kekurangannya dan membantu Bittrex menubuhkan kawalan mencukupi dan program sepatutnya sesuai dengan sifat sektor itu.”

Berikutan penolakan NYDFS, Bittrex mengeluarkan maklum balas tentang keputusan penguatkuasa itu, menyatakan ia kecewa dan menyatakan bahawa peraturan itu “menjejaskan dan bukannya melindungi pengguna New York.” Bursa itu juga menerangkan pertentangan pendapat dengan dakwaan NYDFS mengenai polisi pematuhannya.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/crypto-exchange-bittrex-denies-claim-of-north-korean-users-on-its-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.