Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitwage Gunakan Syarikat Penggajian untuk Tawar Gaji Kripto

 

Firma pembayaran kripto, Bitwage mengumumkan kerjasama dengan syarikat penggajian yang beroperasi di Texas. Kerjasama dengan Simply Efficient HR, organisasi majikan profesional, sedang bersedia untuk membolehkan syarikat membayar gaji pekerja dalam matawang kripto.

Walaupun Bitwage kini berkhidmat untuk anggaran staf asas sebanyak 20,000 melalui kerjasama dengan 45 syarikat, kerjasama baru dengan Simply Efficient HR akan mengembangkan operasi mereka di seluruh Amerika Syarikat. Kerjasama baru itu bermakna pekerja bergaji akan boleh menerima pendapatan bulanan mereka dalam Bitcoin, atau di masa hadapan nanti, dalam matawang kripto lain, menambah penawaran melangkaui pekerja kontrak – seperti sebelum ini.

CEO Bitwage, Jonathan Chester menerangkan bahawa motivasi di sebalik inisiatif terbaru ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat itu yang mendapat keuntungan dalam matawang kripto. Buat syarikat tersebut, sistem perakaunan dan penggajian menjadi satu pergelutan, kerana sistem yang sedia ada lebih untuk fiat.

Pembayaran dalam matawang kripto telah berlaku sejak lama lagi. Pada akhir tahun 2017, firma Jepun GMO Internet menawarkan pekerjanya peluang untuk menyertai skim gaji kripto, dengan 10% insentif kepada pekerja yang membuat keputusan untuk mengambil peluang itu. Inisiatif itu pada awalnya dikritik, kerana ia gagal memberi perlindungan kepada pekerja terhadap ketidakstabilan harga Bitcoin.

Kini terdapat pilihan otomatik untuk bertukar, supaya pekerja tidak menderita apabila harga jatuh. Dan Bitwage juga melihat untuk mengembangkan tawarannya – yang hanya boleh didapati dalam Bitcoin kini – kepada Ethereum. Semakin banyak syarikat meletakkan sebahagian pendapatan mereka dalam bentuk kripto, potensi pasaran untuk pembayaran kripto akan berkembang.

Namun, ia masih belum dapat dilihat sama ada syarikat bukan kripto akan berminat untuk menawarkan pekerja mereka skim pelaburan yang melibatkan kripto. Kemungkinan besar matawang kripto teratas perlu demonstrasi harga yang lebih stabil sebelum ia dipertimbangkan.

Bitwage Ditubuhkan pada tahun 2014. Menurut laporan Coindesk, Chester mengatakan ia mempunyai 11 pekerja sepenuh masa, dan sebahagian mereka mendapat sehingga 15% daripada gaji mereka dalam kripto.

Pada tahun 2015, syarikat tersebut mengumpul dana sebanyak $750,000 dari syarikat telekomunikasi terbesar Perancis, Orange dan Draper Associates. Draper juga melabur $1.25 juta dalam pesaingnya, OpenNode, yang beroperasi di atas Lightning Network.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/01/19/bitwage-uses-payroll-company-to-offer-crypto-salaries/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads