Default – Above Header Ads

Bitwise Dalam Proses Pemfailan Kepada Suruhanjaya Sekuriti Dan Bursa AS Untuk Melancarkan ETF Kripto

 

Pengurus aset digital Bitwise telah memfailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) untuk melancarkan dana ETF yang dikawal selia untuk mata wang kripto. Indeks Mata wang kripto Bitwise HOLD 10 akan merangkumi 10 mata wang kripto, dan akan menjejaki Bitwise HOLD 10 Private Index Fund yang ditubuhkan pada bulan November. Mengikut siaran akhbar, Indeks HOLD 10 menguasai sekitar 80 peratus daripada jumlah permodalan pasaran mata wang kripto.

ETF adalah sekuriti yang boleh dipasarkan yang menjejaki sekumpulan aset dan didagangkan seperti saham pada bursa. Walaupun syarikat lain telah memfailkan ETF Bitcoin sahaja, namun Bitwise adalah satu-satunya firma yang memohon ETF yang akan menjejaki pelbagai aset digital.

Matt Hougan, ketua penyelidikan global Bitwise memberitahu CNBC, “Kami sedang menunggu giliran untuk kelulusan ETF. Pasaran sedang berubah menjadi lebih professional dan ini akan membolehkan ETF kripto ke pasaran dengan kelulusan SEC.”

Sumber:

https://www.cnbc.com/2018/07/24/bitwise-joins-the-race-to-launch-sec-regulated-cryptocurrency-etf.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads