Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Blockchain Collective Umumkan Kursus Blockchain Diakreditasi Pertama Di Australia

 

Kursus blockchain pertama dan diakreditasi Australia kini telah diumumkan. Dibangunkan oleh institusi pendidikan di Australia, Blockchain Collective, kursus yang bertajuk ‘Advanced Diploma of Applied Blockchain,’ mempunyai lapan modul, termasuk enam modul teras dan dua modul pilihan.

Institusi pendidikan tersebut menyatakan bahawa kursus itu akan ditawarkan melalui badan latihan berdaftar, latihan intensif dan kelas dalam talian. Kursus ini merupakan kursus pertama di Australia yang mendapat pengiktirafan sepenuhnya oleh Australian Quality Skills Authority (ASQA), menjadikannya kursus blockchain formal dan nasional yang pertama di Australia. Blockchain Collective adalah sebuah institut pendidikan yang menyediakan kursus pendidikan blockchain untuk ahli profesional. Institut ini menawarkan kursus blockchain yang dirancang untuk melengkapkan para pelajar dengan “pengetahuan dan pengalaman untuk menerapkan rangka kerja blokchain kepada kerangka perniagaan baru.”

Pengetahuan blockchain telah menjadi salah satu kemahiran yang paling dicari oleh majikan, yang menjelaskan mengapa pelajar di seluruh dunia berebut untuk mengambil kursus mengenai teknologi baru ini. Kursus Blockchain Collective hanyalah yang terbaru dalam beberapa percubaan untuk membawa blockchain dan pengajaran yang berkaitan dengan DLT ke dalam pendidikan arus perdana.

Sumber:

https://www.finder.com.au/australias-first-accredited-blockchain-courses-have-arrived

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads