Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Blockchain.com akan Integrasi Token Polkadot ke dalam Wallet

Pembekal data dan wallet kripto blockchain.com yang beroperasi di Luxembourg telah bekerjasama dengan protokol kebolehoperasian blockchain, Polkadot.

Pada 20 Ogos, blockchain.com mengumumkan ia akan integrasi Blockchain Wallet dengan Polkadot Network untuk menggalakkan penggunaan meluas dan desentralisasi token Polkadot (DOT).

Selepas integrasi disempurnakan, pengguna blockchain.com akan boleh menyimpan, menghantar dan menerima DOT, dan juga mengundi perubahan yang dicadangakan ke protokol rangkaian dan ahli majlis.

Kerjasama baru itu bertujuan untuk mempromosi idea desentralisasi. Peter Smith, pengasas bersama dan CEO blockchain.com, berkata dalam pengumuman itu bahawa Polkadot adalah “jenis rangkaian purpose-driven” yang disokong syarikat itu. Dia menyatakan bahawa kumpulan disebalik Polkadot berkongsi visi blockchain.com untuk lebih banyak desentralisasi dan penambahan kawalan pengguna.

Diumumkan pada tahun 2017, Polkadot adalah projek pertama Web3 Foundation. Projek itu dibangunkan oleh pengasas Parity Technologies, pengasas Polkador dan pengasas bersama Ethereum Gavin Wood dan ketua keselamatan pertama Ethereum Jutta Steiner.

Pada bulan Jun 2019, Polkadot mengumumkan bahawa ia telah menjual 500,000 DOT pada harga yang tidak didedahkan, mengekalkan penilaian firma itu pada $1.2 bilion. Berikutan pengedaran token, Polkadot telah memperkenalkan versi eksperimen protokolnya yang dipanggil Kusama.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/blockchaincom-to-integrate-polkadot-tokens-into-its-wallet

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads