Default – Above Header Ads

Blockchain Pemenang Turing Award Melancarkan Testnet Kepada Awam

 

Rangkaian ujian (testnet) untuk platform blockchain Algorand telah dilancarkan kepada awam, menurut pengumuman syarikat di sebalik projek itu pada 16 April.

Algorand yang berdasarkan proof-of-stake pertama kali didedahkan oleh profesro MIT dan pemenang Turing Award Silvio Micali pada tahun 2017. Sepanjang 2018, inisiatif itu telah mendapatkan dana sebanyak $66 juta, dengan penyokong termasuk firma venture capital Union Square Ventures dan Pillar, kedua-duanya yang membiayai pusingan dana Algorand bernilai $4 juta pada bulan Februari tahun lalu.

Pendekatan teknologikal Algorand bermatlamat untuk mencipta sistem desentralisasi yang membolehkan skalabiliti dan tahap keselamatan yang tinggi, dan juga pembuangan risiko “forking” atau perpecahan kepada rangkaian yang berbeza, seperti yang diterangkan Micali dalam terbitan blog awal bulan ini.

Menurut startup itu, pelancaran awam itu berikutan tempoh ujian private di mana beberapa ratus pengguna menyertainya. Testnet yang berdasarkan jemputan itu dilancarkan buat pertama kali pada bulan Julai tahun lalu.

Kini, Algorand berharap untuk menarik lebih ramai pengguna untuk “berinteraksi dengan TestNet dan memberi maklumbalas tentang qualiti, fungsi dan keseluruhan pengalaman protokol TestNet,” menurut sidang media.

“Membuka TestNet kepada awam adalah milestone besar dalam perjalanan kami kepada pelancaran open source teknologi ini,”menurut CEO Steve Kokinos dalam satu kenyataan. “Hari ini menandakan langkah seterusnya ke hadapan dalam misi keseluruhan kami untuk membolehkan komuniti Algorand untuk berkolaborasi, menginovasi dan menyumbang kepada evolusi platform blockchain awam dan permissionless ini.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/turing-award-winners-blockchain-opens-test-network-to-public

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads