Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

“Blockchain Perdagangan Merentasi Sempadan Pertama Dunia” Dilancarkan Di Singapura Untuk Menghubungkan China Dan ASEAN

 

CrimsonLogic yang berpangkalan di Singapura, penyedia penyelesaian e-kerajaan dengan kehadiran di lebih dari 20 buah negara, mengumumkan pelancaran ‘perkhidmatan blockchain yang inklusif dan boleh diperluaskan’ yang dikatakan syarikat itu akan ‘meningkatkan kecekapan, keselamatan dan ketelusan keseluruhan’ untuk perdagangan global.

Syarikat itu melancarkan platform blockchain melalui anak syarikatnya, GeTS, menamakannya sebagai “GeTS Open Trade Blockchain Platform”. Platform ini akan berfungsi sebagai rangkaian blockchain yang terdiri daripada nod yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang diiktiraf. Pengirim, pengangkut barang dan pemegang kepentingan utama lain dalam aliran perdagangan akan mendapat manfaat daripada platform blockchain, siaran akhbar itu menambah, disebabkan oleh keselamatan yang dipertingkatkan dan perkongsian dokumen perdagangan termasuk sijil asal kargo dan invois komersial.

Pengerusi CrimsonLogic, Eugene Wong meletakkan perhatian terhadap perdagangan antara negara-negara ASEAN dan China sebagai fokus utama blockchain perdagangan ini. Walaupun senibina blockchain itu akan kekal sebagai permissioned private blockchain, syarikat mengesahkan ‘infrastruktur terbuka’nya akan membolehkan pemaju membina lapisan baru dan perkhidmatan untuk kes penggunaan khusus dalam aliran perdagangan.

Sumber:

https://www.crimsonlogic.com/Documents/pdf/newsAndEvents/media/Press_Release_Announcement_GeTS_launches_worlds_first_cross-border_BC_for_trade_linking_ASEAN_and_China.pdf

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.