Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Blockchain Telegram akan Serasi dengan Ethereum

Projek blockchain Telegram yang baru akan serasi dengan Ethereum, menurut startup teknologi yang membina peralatan untuk rangkaian itu.

Syarikat permesejan itu dijangka akan melancarkan kod untuk menjalankan nod Telegram Open Network (TON) pada 8 September, membolehkan pengguna menguji projeknya sebelum tarikh pelancaran mainnet pada 31 Oktober.

TON Labs, startup teknologi yang diketuai oleh pelabur dalam penjualan token Telegram, sedang membina peralatan untuk pembangun untuk membantu mereka membangunkan rangkaian itu. Salah satu daripada peralatan ini adalah Solidity compiler, yang akan membolehkan aplikasi desentralisasi yang dibina untuk Ethereum untuk dijalankan di TON, menurut CEO dan rakan kongsi pengurusan TON Labs Alexander Filatov.

Filatov memberitahu CoinDesk:

“Itu mungkin adalah perkara paling sukar yang kami bina. Ia akan membolehkan komuniti Ethereum untuk menarik semua kod yang mereka tulis untuk Ethereum ke dalam TON.”

Compiler itu telah diuji sejak bulan Julai, katanya.

Seperti yang disebut, TON dijangka akan dilancarkan pada 31 Oktober. Jika tidak, Telegram akan perlu memulangkan kembali wang kepada pelabur dalam penjualan tokennya, menurut perjanjian penggunanya. Pelancaran pada 8 September ini dijangka adalah yang terakhir dalam satu siri pelancaran testnet.

Filatov berkata pelancaran kod pada 8 September akan menjadi yang peringkat paling penting untuk pelancaran TON, mengatakan bahawa:

“Kami tidak mempunyai banyak masa antara pelancaran nod dan pelancaran mainnet untuk menguji, mengenalpasti dan membetulkan apa-apa kerentenan.”

Kod untuk light client telah dikongsi dengan pelabur awal tahun ini dan secara serta-merta dibocorkan kepada orang awam. Filatov berkata klien itu telah membenarkan pengguna untuk bermain dengan fungsi asas blockchain TON.

“Anda boleh bermain dengan GRAM (token rangkaian itu), menulis smart contract yang mudah, bercakap dengan nod melalui light client dan mencipta wallet,” menurut FIlatov.

Sumber:

https://www.coindesk.com/telegrams-blockchain-will-be-compatible-with-ethereum-ton-labs-says

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads