Default – Above Header Ads

Blockchain Tezos Kini Dilancarkan Secara Rasmi

 

Yayasan Tezos secara rasminya akan melancarkan protokol pada hari ini, Isnin 17 September, yang mana jumlah pasarannya kini bernilai lebih dari $ 1 bilion, tidak akan lagi berada dalam fasa beta. Tezos telah melancarkan perisian versi mainnet pada akhir bulan Jun, dan sejak itu, token XTZ telah diperdagangkan.

Walaupun blockchain itu digunakan seperti yang dirancang sepanjang masa itu – dengan bilangan peserta rangkaian dan token mengalami peningkatan – secara teknikal, blockchain tersebut boleh dihentikan untuk penyelenggaraan pada bila-bila masa. Satu-satunya gangguan yang berlaku di rangkaian blockchain Tezos berlaku pada pertengahan bulan Julai apabila block tidak dapat disahkan selama kira-kira satu jam. Masalahnya tersebut dapat ditangani, dan blokchain Tezos telah berjalan dengan lancar semenjak peristiwa itu.

Apabila ia mula dilancarkan, hanya Yayasan Tezos yang dapat mengesahkan transaksi di rangkaian blockchainnya, tetapi pada 20 Julai Yayasan Tezos membuka kepada pengesahan pihak ketiga. Baru-baru ini, Yayasan Tezos turut mengumumkan pembiayaan untuk TezTech, sebuah kedai perisian Tezos yang memfokuskan dengan beberapa projek yang sedang dijalankan, termasuk penyelesaian penskalaan dan penjagaan, serta API dan perpustakaan perisian.

Sumber:

https://www.coindesk.com/no-longer-beta-200-million-tezos-blockchain-will-be-official-mainnet-soon/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.