Default – Above Header Ads

Bloomberg: Pedagang Kripto Utama Bertemu untuk Menubuhkan Senarai Hitam Industri

Sekumpulan pedagang matawang kripto besar mempertimbangkan idea untuk mencipta senarai hitam pihak yang terlibat dalam aktiviti haram dalam ruangan kripto, menurut laporan Bloomberg pada 8 Mei.

Di sebuah mesyuarat di Chicago pada 7 Mei, sekumpulan pedagang dari 35 firma aset digital termasuk pemain industri seperti unit kripto Cumberland milik firma perdagangan DRW Holdings Inc., Galaxy Digital Holdings milik Mike Novogratz, dan startup teknologi Ripple mencadangkan untuk mencipta senarai hitam untuk pihak yang lari dari perdagangan dan terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan.

Beberapa individu dilaporkan untuk mencipta pengiktirafan untuk syarikat seperti yang diluluskan perniagaan berkaitan kripto yang dikenali sebagai Crypto OTC Roundtable Asia (CORA). Darius Sit, rakan kongsi pengurusan yang beroperasi di Singapura di firma perdagangan kripto QCP Capital, dilaporkan mengatakan bahawa:

“Usaha meluas untuk menambah baik standard pematuhan untuk mengelak daripada liabiliti yang datang dariapda perdagangan dengan pemain jahat atau pedagang yang berurusan dengan pemain jahat. Inisiatif self-governance seperti ini adalah sesuatu yang ingin dilihat oleh penguatkuasa.”

Mesyuarat itu diadakan hari yang sama bursa pertukaran besar Binance mengalami penggodaman, di mana penggodam mencuri 7,000 Bitcoin berjumlah lebih $40,705,000 pada waktu itu. Dalam surat di laman web Binance, CEO Changpeng Zhao berkata bahawa Bitcoin dikeluarkan dari hot wallet, yang mengandungi hanya 2% daripada jumlah keseluruhan Bitcoin.

Pada penghujung April, Jonathan Levin, pengasas bersama dan COO startup analitik blockchain Chainalysis, mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 95% daripada jenayah matawang kripto yang disiasat oleh penguatkuasa melibatkan Bitcoin. Walaupun begitu, Levin berkata bahawa ketelusan matawang kripto membantu penguatkuasa membina kes terhadap suspek lebih cepat daripada kewangan tradisional, kerana penyiasat tidak boleh bergantung hanya kepada rekod yang diambil dari bank antarabangsa.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bloomberg-major-crypto-traders-meet-to-establish-industry-blacklist-standards

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.