Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bloomberg: Syarikat Kripto Masih Lagi Menghadapi Kesukaran untuk Membuka Akaun Bank

 

Syarikat dalam industri matawang kripto masih menghadapi kesukaran dalam membuka akaun bank, menurut laporan Bloomberg pada 3 Mac.

Laporan itu memetik aduan daripada Sam Bankman-Fried, CEO syarikat perdagangan kuantitatif kripto Alameda Research, bahawa “jawapan standard ‘anda hanya perlu pergi ke cawangan terdekat Chase di kawasan anda’ tidak boleh digunakan dalam kripto. 

Bankman-Fried juga menambah bahawa ia tidak menyalahi undang-undang untuk bank memberi perkhidmatan kepada perniagaan kripto, tetapi “ia adalah kecelaruan pematuhan yang besar di mana bank tidak mahu meletakkan sumber yang banyak untuk selesaikan.”

Bloomberg juga menyatakan bahawa bank besar mengelak daripada memberi perkhidmatan kepada syarikat yang terlibat dalam kripto, dan bank-bank kecil sedang cuba mengambil peluang untuk mengambil bahagian pasaran ini. Contoh yang diberikan dalam laporan itu adalah Silvergate Bank di San Diego, yang dilaporkan menyatakan pada bulan November 2018 bahawa bisnes kripto mempunyai sehingga $40 bilion untuk dideposit.

Menurut Bloomberg, Sonny Singh – ketua pegawai komersial BitPay, pemproses pembayaran kripto dengan bekas pengerusi SEC AS sebagai penasihat – berkata bahawa syarikat itu ditolak oleh banyak bank.

Firma pelaburan, perdagangan dan nasihat blockchain, NKB Group adalah satu lagi contoh yang diberi oleh Bloomberg tentang syarikat yang menghadapi kesukaran untuk menubuhkan hubungan perbankan. Ben Sebley, ketua broker NKB, dilaporkan berkata:

“Menafikan asas perbankan adalah tidak masuk akal, menghalang perkembangan sektor dan memaksa syarikat untuk menjadi kreatif untuk menyelesaikan masalah itu […] Bank terlebih berhati-hati.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bloomberg-crypto-companies-still-run-into-trouble-opening-bank-accounts

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads