Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BMW Bekerjasama Dengan Syarikat Permulaan Blockchain Untuk Bangunkan Penyelesaian Pinjaman Pelanggan

 

Perkhidmatan kewangan Kumpulan BMW telah mengumumkan perkongsiannya dengan Bloom, syarikat permulaan blockchain dalam usaha untuk memudahkan pengguna. Bloom membantu menjadikan proses pinjaman tradisional lebih mudah dan membantu mengurangkan risiko pembocoran data. Individu boleh menyimpan data mereka dengan selamat di peranti mereka dan memohon kredit tanpa mendedahkan data mereka kepada risiko, menggunakan aplikasi mudah alih yang berasaskan blockchain. Melalui langkah ini, BMW Financial Services akan merevolusikan cara individu memohon pembiayaan.

Ian Smith, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services USA, berkata bahawa BMW sedang “mencari cara bagaimana blokchain dapat menyokong transformasi data pergudangan, pembayaran, dan pengesanan maklumat pelanggan semasa.” Menurut Smith, matlamat BMW ialah untuk mengautomasikan sebahagian besar sistem pemprosesan mereka dan memberi tumpuan lebih kepada sistem pengesanan dan penjagaan maklumat.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada BMW Collaboration Lab 2018 yang melibatkan enam syarikat permulaan. Program ini akan memberi tumpuan kepada beberapa bidang kritikal termasuk membina strategi blockchain, analisis data, dan digitalisasi proses pelanggan.

Sumber:

https://blog.hellobloom.io/inside-the-bmw-and-bloom-partnership-streamlining-the-lending-experience-f93ff1b9c065

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.