Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BMW dan Intel Bekerjasama dengan Accelerator Blockchain yang Disokong Kerajaan

 

BMW Group Asia, Intel dan Nielsen kini adalah rakan korporat accelerator blockchain yang disokong kerajaan Singapura, Tribe.

Tribe Accelerator mengumumkan berita itu pada 22 Mac, menyatakan bahawa ketiga-tiga firma itu akan berkongsi ilmu pengetahuan dan juga kepakaran dalam subjek mereka kepada startup Tribe untuk membantu membina ekosistem “inklusif” yang “bersedia untuk industri 4.0.”

BMW Group Asia, contohnya, akan memberi “masterclasses” dan sesi mentor tentang bagaimana penyelesaian blockchain boleh diimplementasi dalam keadaan pasaran meluas.

“Kami berharap kami akan membantu setiap startup untuk membina proof-of-concept mereka dan mencapai peringkat seterusnya dalam pembangunan mereka,”menurut Carsten Sapia, naib pengerusi kumpulan IT dan ketua rantau Asia Pasifik BMW Group Asia.

Intel Corporation pula akan menawarkan pendidikan tentang perniagaan dan teknikal kepada startup.

“Teknologi Intel seperti processor Intel Xeon Scalable dan Intel SGX akan membantu menambah baik privasi, keselamatan dan penskalaan penyelesaian blockchain,” menurut pengarah program blockchain Intel, Michael Reed.

Sementara itu, Nielsen akan memberi “sandbox dengan objektif untuk menyediakan peserta keadaan yang selamat dan dikawal untuk menguji teknologi baru dan mempercepat implementasi penyelasaian mereka.”

Rakan kongsi pengurusan Tribe Accelerator, Ryan Chew berkata:

“Untuk maju ke hadapan sebagai satu masyarakat, kita perlu menggalakkan ekxperimentasi, dan selepas kelebihan teknologi blockchain dibuktikan, implementasi meluas pasti akan berlaku.”

Tribe Accelerator dilancarkan pada bulan Disember yang lalu sebagai sebahagian daripada firma VC, TRIVE Ventures, dengan kerjasama ICON Foundation Korea Selatan dan Venture Hub PwC Singapura. Enterprise Singapore, sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membangun ekosistem startup, menyokong accelerator itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bmw-intel-join-singapore-government-backed-blockchain-accelerator

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.