Default – Above Header Ads

Bobby Lee: Rakyat China dari Dulu Melihat Bitcoin sebagai Pelaburan, dan Bukannya untuk Pembayaran

Bobby Lee – pengasas bersama dan bekas CEO bursa pertukaran kripto pertama China BTCC – berkata bahawa rakyat China dari dulu menganggap Bitcoin sebagai plaburan dan bukannya sistem pembayaran.

Lee menyampaikan komennya semasa temubual untuk podcast Untold Stories Charlie Shrem pada 18 September.

Selain daripada berkongsi pendapatnya tentang lanskap matawang kripto China kini – bercakap tentang interaksi penguatkuasa dan pemerhatian tentang perangai pelabur tempatan – Lee menggunakan masa itu untuk berbincang tentang aktiviti kripto terbarunya, hardware wallet yang dipanggil Ballet:

“Ballet adalah gabungan pengalaman saya […] Saya telah mengetuai bursa pertukaran BTCC, saya mengetuai mining pool, kami mengeluarkan mobile wallet. Di bawah jenama BTCC, kami telah melancarkan pengeluaran Bitcoin fizikal. Sebagai sebahagian daripada projek Ballet, kami sedang membangun penyelesaian inovatif yang kami harap akan menjadi paling mudah dan senang di dunia – hardware wallet paling boleh dipercayai.”

Sebab untuk mencipta penyelesaian penyimpanan hardware yang mudah, menurut Lee, adalah disebabkan pertimbangan bahawa pengguna “non-geek” seperti dirinya tidak begitu tahu tentang keselamatan digital. Menurutnya:

“Mereka tidak tahu bagaimana untuk menetapkan kata laluan kuat dengan betul […] mereka tidak tahu apa itu 2FA, bagaimana untuk bekerja dengan firmware, kemas kini keselamatan, dan sebagainya. Mereka juga tidak faham bagaimana untuk log masuk, Malah pengesahan 2SA dan SMS juga mereka tidak faham.”

Penggunaan meluas kripto, hujahnya, bergantung kepada memudahkan langkah yang diperlukan untuk pengguna biasa – “dari budak berumur 9 tahun kepada nenek berumur 99 tahun”.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bobby-lee-chinese-always-saw-bitcoin-as-investment-not-for-payments

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads