Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bolehkan Lightning Bitcoin Menguasakan Komunikasi Mudah Alih? Startup ini Merasa Begitu

Penyelidikan baru dari syarikat rangkaian mobile mesh goTenna menerokai bagaimana komunikasi mudah alih boleh di’desentralisasi’kan dengan bantuan rangkaian lightning Bitcoin.

Ahli teknologi telah lama meneroka bagaimana untuk menggunakan matawang kripto dan blockchain untuk membina program di mana pengguna lebih banyak kawalan terhadap data mereka. GoTenna, syarikat disebalik peranti rangkaian mesh untuk hubungan tanpa internet, sedang meneroka pendekatan baru itu.

Untuk mencapai matlamat itu, kumpulan GoTenna telah mengeluarkan kertas kerja baru menggambarkan bagaimana rangkaian mesh desentralisasi untuk menghantar “komunikasi mudah alih” (seperti mesej) boleh dikuasakan oleh pembayaran mikro Bitcoin. Tambahan lagi, mereka telah menubuhkan subsidiari baru Global Mesh Labs LLC untuk maju ke hadapan dengan matlmat ini.

“80 bilion mesej telephone dihantar setiap hari melalui karier dan ISP. Rangkaian mesh mudah alih menawarkan alternatif desentralisasi yang tidak rapuh yang boleh mengunjurkan perhubungan kepada tempat-tempat yang tidal boleh dicapai oleh rangkaian berpusat,”menurut laman web projek itu.

Satu halangan untuk penggunaan rangkaian mesh adalah orang ramai tiada insentif untuk menjalankan infrastruktur yang diperlukan untuk menghantar data ke seluruh rangkaian, menurut kertas kerja itu. GoTenna cuba untuk menyelesaikan isu itu dengan menggambarkan protokol “kepercayaan minima” baru dengan Lightning Bitcoin di tengah-tengah, dipanggil Lot49, yang boleh membayar pengguna untuk menghantar data.

“Mana-mana nod boleh menerima ganjaran untuk menghantar data kepada orang lain dan dengan berada di tempat yang betul pada waktu yang betul,” kertas kerja itu, ditulis oleh jurutera GoTenna Richard Myers, terangkan.

Cadangan itu bergantung kepada beberapa cadangan Bitcoin yang telah dibincangkan secara meluas, tetapi masih belum diimplementasi: Schnorr dan sighash_noinput. Sebelum membina dan mencuba protokol itu, perkara-perkara ini perlu ditambah, jika komuniti Bitcoin bersetuju bahawa perkara-perkara itu adalah perubahan yang baik untuk dibuat.

Salah satunya adalah Schnorr, skim tandatangan Bitcoin yang baru dan amat dinantikan yang dicadangkan pertama kali beberapa tahun dahulu, dan telah melihat progres baru-baru ini melalui pelancaran kod ujian.

“Untuk mengurangkan kos overhead protokol insentif kami mencadangkan menggunakan pengagegratan tandatangan, kemaskini siaran pembayaran simplex dan siaran pembayaran yang dibentuk antara nod mesh dalam lingkungan komunikasi secara langsung,” terang kertas kerja itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/could-bitcoins-lightning-power-mobile-communications-this-startup-thinks-so

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads