Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Brave Browser Menambah Akses kepada Wallet Kripto Baru

Lebih banyak ciri-ciri wallet akan masuk ke pelayar Brave.

Sokongan untuk wallet matawang kripto natif telah ditambah ke Brave Nightly menurut penerbitan pada 15 Ogos subreddit rasmi Brave,  r/BATProject. Brave Nightly adalah versi Ujian dan pembangunan pelayar Brave. Sistem pemasaran tiga-bahagian Brave memberi ganjaran kepada pencipta kandungan, pengiklan dan penonton melalui tokennya.

https://static.coindesk.com/wp-content/uploads/2019/08/eu3nwfu2xig31-1-780×497.png

Kemaskini itu membenarkan wallet matawang kripto lain, khususnya MetaMask, untuk digunakan bersama BAT Brave. Semua transaksi akan melalui pengesahan KYC melalui Uphold, wallet rakan kongsi Brave untuk BAT.

Ketiadaan sokongan untuk wallet ethereum lain seperti MetaMask dan MyEtherWallet telah menjadi aduan biasa di bebenang komuniti Brave sejak pelancaran token itu. Rupa-rupanya ia dalam reka bentuk Brave, kerana ia mahu use case matawang kripto itu, dan tip untuk pencipta kandungan untuk dilancarkan. Yang paling penting adalah perkhidmatan KYC yang dibekalkan Uphold.

Bercakap dengan CoinDesk, pengasas bersama Brave dan CEO Brendan Eich berkata kebimbangan KYC kekal sebagai keutamaan kerana pengawal seliaan.

“Brave tidak boleh membenarkan bot penipu dengan Ledger atau Trezor membawa kami ke “pembersih”, dan kami akan mengelak dari memasuki penjara jika mereka yang tersenarai sebagai penjenaya di Pejabat Aset Luar Negara ingin menghancurkan BAT begitu,” Eich berkata. “BAT mematuhi peraturan melalui Uphold, dan saya akan mempertahankan keputusan itu dengan memetik perkembangan dalam jumlah penerbit dan pnegguna kami.”

Eich berkata Brave telah menambah sokongan untuk wallet p2p bukan untuk melarikan diri dari pengawal selia tetapi untuk langkah ke hadapan bersama komuniti. Menambah sokongan wallet membantu dalam penggunaan meluas pada masa sama mematuhi peraturan, menurut Eich.

Kemaskini wallet untuk datang beberapa hari selepas iklan tanpa sasaran ditambah ke Brave Nightly untuk 21 negara baru termasuk Argentina, Denmark, Itali, Korea dan Singapura.

Sumber:

https://www.coindesk.com/brave-browser-adds-new-crypto-wallet-features-to-scale-development

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads