Default – Above Header Ads

Brave Gunakan Platform Blockchain Civic Untuk Sahkan Penerbit

 

Pelayar internet yang memfokuskan privasi, Brave akan mula menggunakan platform blockchain identiti oleh Civic untuk memastikan penerbit dibayar untuk kandungan mereka menggunakan token Brave, Basic Attention Token (BAT). Syarikat-syarikat itu mengumumkan bahawa pengeluar kandungan yang berharap untuk mengambil bahagian dalam program “Verified Publisher” oleh Brave boleh menggunakanpengesahan identiti Civic untuk mengesahkan identiti mereka dan mendapatkan token BAT.

Platform Brave berfungsi dengan membenarkan penggunanya membayar penerbit isi kandungan menggunakan token BAT melalui pelayar Brave tanpa perlu mendedahkan identiti pengguna. Dengan kerjasama baru ini, penerbit yang mengesahkan kesahihan identiti mereka boleh terus menyambung dompet Ethereum mereka untuk menerima bayaran.

Program Civic “Reusable KYC” akan memastikan bahawa penerbit ini boleh mengesahkan identiti mereka sambil mengekalkan privasi. Penerbit ini juga akan dapat menggunakan peranti mudah alih atau platform serupa untuk mengumpulkan pembayaran. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Civic, Vinny Lingham menyatakan dalamsatu kenyataan bahawa Brave telah berusaha untuk memerangi cabaran privasi di internet, dan usaha ini adalah salah satu penyelesaiannya.

Sumber:

https://www.coindesk.com/brave-browser-is-using-civics-blockchain-platform-to-verify-publishers/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads